MEDIA DALAM PENGAJARAN
Pengajaran
guru perlu disampaikan dengan kaedah pengajaran yang pelbagai dan bersesuaian
dengan keadaan diri pelajar. Hal ini kerana gaya seseorang pelajar belajar
adalah berbeza dengan gaya seseorang pelajar yang lain. Oleh itu guru perlulah
peka dalam memilih sesuatu bahan untuk disesuaikan dengan semua tahap kognitif
pelajar. Oleh hal sedemikian, guru perlu bijak memilih alat bantu mengajar atau
pun dipanggil media pengajaran.
Tujuan
penggunaan media pengajaran adalah untuk membantu para guru dalam menyampaikan
isi pengajaran supaya apa yang hendak disampaikan dapat difahami oleh pelajar.
Selain itu ia juga dapat meningkatkan motivasi pelajar kerana penggunaan media
pengajaran yang pelbagai dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pelajaran
yang disampaikan oleh guru.
Terdapat
beberapa jenis media dalam pengajaran atau alat bantu mengajar. Antara jenis-jenis tersebut ialah alat pandang,
pandang-dengar, media bukan elektronik dan elekrronik. Pada hari ini, media
pengajaran lebih berasaskan teknologi yang moden seperti projektor overhed,
perakam kaset, televisyen dan video, komputer dan CD-ROM serta E-pembelajaran.
Alatan ini lebih memberi kesan dalam pembelajaran berbanding alatan tradisional
seperti papan tulis, kapur dan buku teks.
1. PROJEKTOR OVERHED
Projektor
overhed atau OHP merupakan alatan moden yang terawal didunia. Menurut Abd. Ghafar Md. Din ( 2003 ) ia
adalah alat bantu mengajar yang kini meluas digunakan di sekolah-sekolah.
Peranan dan fungsi projektor overhed hampir menyerupai peranan dan fungsi papan
tulis. Bahan pelajaran atau maklumat yang disediakan ditulis pada kepingan
transparensi atau lut sinar.
OHP
merupakan salah satu alat yang sering kali digunakan oleh guru dalam bilik
darjah. Penggunaan yang mudah menjadi faktor utama alatan ini menjadi kegemaran
guru untuk menggunakannya. Guru hanya perlu tahu bahagian-bahagian penting pada
OHP seperti sius on dan off, fokus, pancaran, tayangan dan mentol.
Alatannya
yang sederhana merupakan satu cabaran bagi guru untuk menarik minat pelajar
dalam melibatkan diri dalam pembelajaran. Hal ini kerana alat tersebut tidak
menarik seperti teknologi lain seperti televisyen, komputer dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, Penggunaan OHP memudahkan guru dalam mempelbagikan lagi
kaedah seperti perbincangan, soal jawab, syarahan, sokratik dan sebagainya.
Pada kebiasaannya, penggunaan OHP akan
digabungkan dengan kaedah syarahan. Hal ini kerana penggunaannya meletakkan
seseorang guru berhadapan dengan pelajarnya, ini dapat memastikan kawalan bilik darjah terjamin. Guru boleh membaca bahan
pada transperansi tanpa menoleh ke arah skrin. Dengan cara ini, pelajar akan
lebih memberi tumpuan semasa proses pengajaran berlaku.
OHP
berbeza daripada kebanyakan projektor tayangan yang lain, penggunaannya perlulah
di bilik yang terang. Kelebihan ini merupakan satu bonus kepada guru untuk
menjayakan pengajaran. Keadaan bilik yang terang memudahkan pelajar untuk
melihat apa yang tertera di hadapan mereka dan sekaligus pelajar dapat menyalin
dan membuat catatan ketika guru menayang transparensi.
Penggunaan
OHP juga boleh dipelbagai, selain menayangkan transprensi ia juga dapat
ditayangkan pelbagai bahan seperti sehelai daun atau pelbagai geomatrik yang
dibuat daripada kertas. Penayangan melalui OHP, bahan-bahan tersebut dapat
dilihat dengan jelas lagi. Hal ini dapat
membantu pelajar sekiranya bahan yang dibawa oleh guru itu tidak mencukupi,
jadi dengan penayangan melalui OHP guru dapat menunjukkan kepada semua pelajar.
Walaupun
OHP diketogarikan sebagai teknologi yang lama, tetapi kesan penggunaan kepada
pelajar masih berkesan. Hal ini dapat dibuktikan, di mana banyak sekolah yang
menggunakan OHP dan papan tulis berbanding media pengajaran yang lain seperti
televisyen, video dan lain-lain.
2. PERAKAM KASET
Perakam
kaset merupakan alat bantu mengajar yang kerap digunakan. Guru biasanya
menggunakan alat ini sebagai sebahagian daripada kaedah penyampaian pengajaran
dan pembelajaran atau gabungjalin pengajaran topik-topik tertentu. Selain
menyampaikan pengajaran kepada pelajar, ia juga berjaya menarik minat pelajar.
Mata pelajaran yang sering menggunakan alat ini ialah bahasa melayu,
agama/moral, muzik, sejarah, geografi, sains yang terdiri daripada fizik, kimia
dan biologi.
Ia
juga merupakan sebahagian sistem multi-media. Hal ini kerana media perakam
kaset adalah suatu alat yang amat berkesan untuk mencapai matlamt pengajaran
jika kita memenuhi kehendak yang berkait ianya radio hanya sebagai media yang
membolehkan pelajar mendengar, sebaliknya sesuatu yang mempunyai keistimewaan
yang tersendiri ( Muhamad Hasan Abdul Rahman, 2002 ).
Teknik
merekod melalui pita rakaman sesuai dalam mata pelajaran seperti kesusasteraan
iaitu sajak, puisi, syair, gurindam dan lain-lain. Guru boleh mendeklamasikan
dulu bahan tersebut dengan diiringi oleh muzik yang sesuai, selepas itu, bahan
tersebut boleh diperdengarkan kepada pelajar-pelajar. Kemudian meminta pelajar
ulang kembali apa yang didengarkannya serta meminta mereka mengeluarkan isi
dari bahan tersebut. Melalui cara ini pelajar akan mudah faham kerana mereka
melibatkan diri secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Latar
suara rakaman dan muzik hendaklah jelas, terang dan bersifat semulajadi ( Abdul
Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz & Abdul Rashid Mohamed, 2007 ). Ketiga-ketiga aspek ini perlu diambil
kira bagi mengelakkan gangguan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Jesteru, sebelum membuat rakaman guru perlu menyebut perkataan dengan jelas dan
muzik latar tidak terlalu kuat sehingga menenggalami suara guru tersebut.
Rakaman yang tidak jelas mengganggu tumpuan pelajar dalam memahami pengajaran
yang hendak disampaikan kepada guru.
Perakam
kaset mudah dilakukan kerana rakaman boleh dibuat sendiri atau dirakam daripada
daripada siaran radio. Selain itu, ia sesuai untuk kemahiran lisan seperti guru
mengajar kemahiran bertutur, mendengar dan membaca. Di mana semssa proses
pengajaran berlaku pelajar akan dapat terus mengetahui kesilapan yang dilakukan
oleh mereka. Hal ini kerana perakam kaset dapat mengawal dan memberhentikan
rakaman pada ketika yang sesuai. Dengan itu guru boleh mencelah untuk
menegaskan sesuatu perkara sebelum menyiarkan semula rakaman tersebut.
Perakam
ini juga boleh digunakan sebagai satu kaedah dalam pengajaran. Melibatkan
pelajar sendiri dalam mencari bahan yang berkaitan pengajaran yang akan datang
adalah satu cara untuk melibatkan pelajar. Guru boleh meminta pelajar merakam
rancangan-rancangan yang sesuai dengan topik pelajaran yang akan diajar,
kemudian memperdengarkan rakaman tersebut di hadapan kelas dan meminta komen,
pendapat dan meminta pelajar mengaitkan dengan pelajaran yang akan diajar.
Kaedah ini bukan sahaja pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam lagi tajuk
pengajaran yang diajar sebaliknya mereka mendapat input dari luar juga.
Pada
hari ini, guru jarang menggunakan media jenis ini, hanya guru yang mengajar
ujian lisan seperti guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja yang
menggunakannya. Sebenarnya media ini juga sangat menarik jika disesuaikan
dengan mata pelajaran yang akan diajar. Sebagai contoh, guru dalam pendidikan
Islam, boleh mengunakan perakam kaset untuk merakam nasyid atau ayat-ayat
al-Quran, tidak kira digunakan sebagai induksi set atau semasa pengajaran boleh
diperdengarkan.
3. TELEVISYEN DAN VIDEO
Televisyen
dan video adalah salah satu media pengajaran yang diketengahkan dalam
pendidikan. Penggunaannya juga semakin meluas dan kian popular kerana ia mudah
dikendalikan dan tidak membebankan para guru. Walau bagaimanapunm pengunaannya
hanya terhad dalam bilik tertentu sahaja iaitu seperti bilik media, tayangan
dan sebagainya. Tetapi, ia masih menjadi pilihan kebanyakan guru kerana
pembelajaran melalui media ini mampu meningkatkan motivasi para pelajar
terutama subjek-subjek yang memerlukan tayang secara live atau secara langsung.
Televisyen
merujuk kamus dewan mendefinisikan sebagai satu penyiaran ( pemancaran ) gambar
hidup ( gambar bergerak ) berserta bunyi menerusi haba atau udara pada skrin
televisyen. Manakala video menurut kamus dewan bahasa ialah alat untuk
merakamkan dan menayangkan filem dengan menggunakan pita video yang disalurkan
melalui peti televisyen. Selain itu ia juga ditakrifkan sebagai pita bermagnet
yang digunakan untuk merakam gambar dengan suaranya sekali dari televisyen.
Sebagai
contoh, mata pelajaran dalam bab fekah seperti menunaikan haji dan umrah. Guru
yang pernah menjejaki ke tanah suci tidak menjadi masalah dalam menyampaikan
isi pengajaran tersebut, berbeza bagi guru yang belum berpeluang ke sana. Ia
menjadi satu masalah bagi mereka untuk menerangkan keadaan di sana. Jesteru
sebagai alternatifnya, media televisyen dan video menjadi pengganti untuk
menunjukkan keadaan sebenar di sana. Melalui media tersebut pelajar akan dapat
merasai suasana yang sebenar ketika di Mekah walaupun bukan secara keseluruhan.
Menurut
Schramun ( 1962 ), murid-murid dapat belajar dengan cekap menerusi televisyen
pendidikan. Berdasarkan kenyataan ini, beberapa program televisyen khususnya
kanak-kanak telah berjaya mempengaruhi gaya pembelajaran mereka seperti
menambah pengalaman baru, perbendaharaan kata, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
Selain
itu, pengunaan media dalam pembelajaran mampu mengelakan pelajar merasa bosan
ketika belajar. Kadang kala guru perlu ubah cara pengajaran dengan
mempertontonkan pelajar dengan video-video yang berkaitan untuk dikaitkan
dengan mata pelajaran yang hendah diajar. Sebagaimana contoh dalam pendidikan
sejarah, guru boleh menayangkan filem yang berunsurkan sejarah misalnya,
Leftenan Adnan atau Sarjan Hasan. Melalui filem ini guru boleh menyuruh pelajar
berfikir dan meminta mereka mengaitkan cerita tersebut dengan apa yang
dipelajari. Secara tidak langsung pelajar akan mengulangkaji matapelajaran
tersebut. Hal ini berdasarkan pandangan Wittch dan Schuller ( 1973 ) iaitu
televisyen pendidikan telah banyak mengatasi masalah pengalaman pembelajaran
murid.
Pada
hari ini, pelbagai program yang berbentuk ilmiah di wujudkan seperti rancangan berbentuk kehidupan semulajdi iaitu
flora dan fauna. Program-program seperti ini, guru boleh sesuaikan dengan
matapelajaran yang hendak diajar seperti geografi, sains, pendidikan Islam dan
sebagainya. Situasi ini bersesuaian dengan pelajar hari ini yang lebih
cenderung kepada perkara yang berlaku di luar bilik darjah. Sebagai seorang
guru, perlu pandai mengambil peluang ini untuk diaplikasikan dalam subjek
mereka dengan menyuruh pelajar menonton rancangan tersebut supaya mereka lebih
memahami subjek tersebut.
Antara
kebaikan yang diperolehi pelajar semasa menonton tayangan video adalah mereka
dapat menghayati dan menyelami perasaan watak-watak di dalam cerita. Selain itu
pelajar juga dapat memahami isi cerita yang guru sampaikan. Di samping itu
juga, tayangan video ini menjadi satu panduan kepada para pelajar dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
4. KOMPUTER
Komputer
adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia juga sesuai
untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Menurut
Merrill ( 1986 ) komputer adalah satu mesin pemprosesan maklumat yang perlu
diberikan arahan oleh penggunanya. Dalam kamus dewan bahasa komputer membawa
maksud alat elektronik yang menyimpan maklumat pada cekera atau pita bermagnet,
menganalisisnya dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan.
Terdapat
beberapa cara untuk menginteragsikan komputer di dalam pengajaran dan
pembelajaran. Antara penginteraksi tersebut ialah dalam bidang matematik,
sains, penulisan dan sebagainya. Penggunaan komputer ini boleh dilakukan dengan
dua keadaan iaitu guru sahaja yang menggunakan komputer dengan bantuan
projektor overhed dan LCD supaya apa yang ada apada skrin monitar dapat
diperlihatkan kepada semua pelajar ataupun guru membawa pelajar ke makmal
komputer yang sedia menampung pelajar tersebut.
Menurut
Compoy ( 1992 ), komputer memberikan pengalaman kepada pelajar untuk belajar
menjadi seorang penyelesai masalah yang cekap. Kebolehan ini akan menambahkan
lagi kecekapan mereka dalam bacaan dan matematik. Kenyataan ini menunjukan
komputer menjadi pembantu dalam menyelesaikan masalah pelajar dalam subjek
matematik. Pelajar dapat mejimatkan masa dalam menyelesaikan masalah-masalah
matematik yang kompleks serta mendapat jawapan serta merta.
Satu
lagi bidang penggunaan komputer sebagai alat ialah dalam pelajaran sains, di
mana komputer di gunakan sebagai probeware dan alat interface. Probeware
apabila disambung dengan komputer akan membolehkan pelajar mengutip dan merekod
data seperti suhu, pH, pergerakan dan sebagainya. antara bidang lain ynag
mengaplikasikan media ini sebagai pengajran ialah dalam bidang penulisan iaitu
dalam pemprosesan perkataan.
Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran banyak membantu guru dalam melicinkan
pengajaran. Di mana guru boleh menggunakan komputer untuk menyampaikan maklumat
dan juga untuk mengajar pelajar tajuk yang berkaitan. Sandholtz ( 1997 )
menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam bilik darjah telah berjaya
meningkatkan mutu pendidikan.
Seorang
guru perlu mempertimbangkan setiap pemilihan matapelajaran supaya dapat disesuaikan
dengan alat bantu mengajar menggunakan komputer. Hal ini supaya proses
pangajaran dan pembelajaran tercapai objektif. Selain itu, guru perlu membuat
persediaan terlebih supaya hal yang tidak dijangka dapat dielakkan seperti
komputer rosak atau bekalan elektrik terputus. Pengendalian yang lancar dan
penyampaian yang menarik akan dapat menarik minat pelajar.
Komputer
digunakan oleh guru apabila sesuatu subjek itu membosankan atau terlalu panjang
sehingga tidak cukup waktu. Seperti tajuk Pendidikan Islam iaitu
perkara-perkara yang membatalkan iman. Di mana bawah tajuk ini terdapat
beberapa unit antaranya syirik, kufur, khurafat dan lain-lain. Jadi sebagai
alternatifnya guru menggunakan komputer supaya memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran.
Guru
juga boleh melibatkan pelajar dengan menyuruh mereka membuat pembentangan di
dalam kelas dengan menggunakan komputer. Secara tidak langsung guru tersebut
dapat mengajar mereka menggunakan powerpoint semasa pembentangan. Selain itu,
mereka juga dapat memahami dengan lebih jelas lagi pelajaran tersebut.
Penggunaan
media berasaskan komputer sangat kurang digunakan oleh guru, bukan kerana guru
tidak berminat sebaliknya pihak pengurusan sekolah yang menyediakan pelbagai
prosedur untuk menggunakan bilik tersebut. Sepatutnya pihak sekolah tidak
menghadka kepada guru tertenti sahaja sebaliknya memberi peluang kepada semua
guru.
5. CD-ROM
CD-ROM
merupakan singkatan daripada Read Only Memory iaitu cakera padat ingatan baca.
Merujuk kepada kamus dewan bahasa CD-ROM atau cakera padat ialah cakera
magnetik yang mempunyai ketumpatan perakam yang tinggi, dengan storan yang
lebih besar. CD-ROM juga membawa maksud
cakera padat iaitu ingatan baca sahaja (Compact Disk Read Only Memory). Baca-sahaja bermaksud kita hanya boleh
membaca apa sahaja data yang ditulis pada cakera CD-ROM. Cakera CD-ROM merupakan sekeping cakera
plastik yang berdiameter 120mm dan boleh menyimpan data sehingga 650MB.
Kementerian
Pelajaran Malaysia telah menerbitan CD-ROM buku teks. Ia adalah selaras untuk
menyahut seruan kerajaan bagi meningkatkan penggunaan aplikasi ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun 2003 Kementerian Pelajaran Malaysia
bahagian buku teks telah memperkenalkan buku teks mata pelajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris telah diterbitkan secara pakej bersama MyCD dan
CD-ROM Guru. MyCD ialah CD-ROM multimedia interaktif yang mengandungi teks,
animasi, simulasi, audio, video, aktiviti interaktif dan ujian interaktif untuk
menyokong dan menambah nilai kandungan buku teks.
Aktiviti
interaktif yang disediakan dalam MyCD meliputi aktiviti pengukuhan dan aktiviti
pengayaan seperti simulasi, permainan, teka teki, teka silang kata, latihan dan
penilaian interaktif di mana keputusan semua aktiviti murid dapat direkod
(tracking), disimpan dan dicetak. Latihan interaktif memberikan murid latih
tubi yang menarik dan bermakna tentang sesuatu konsep yang telah dipelajari
dalam buku teks.
Bagi
meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Galeri
meningkatkan lagi proses berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Nilai bahan
dalam galeri tersebut dapat membantu pemahaman murid dengan lebih berkesan.
Bahan multimedia tersebut terdiri daripada audio, video, animasi dan simulasi
yang menarik.
Di
samping itu, E-ujian juga turut diwujudkan iaitu ia merupakan satu alat
pentaksiran elektronik interaktif yang sebenar dan bertujuan untuk mengukur
pencapaian murid secara sumatif tetapi berperingkat. Keputusan ujian dan semua
maklumatnya boleh disimpan di dalam cakera keras komputer atau disket murid
dalam papan skor. Di dalam E-ujian terdapat soalan yang dikemukakan secara
rawak tetapi ada pemeringkatan mengikut aras. Murid tidak akan diberi sebarang
maklum balas pada jawapan yang betul atau salah kecuali markah ujian dalam
peratus, gred atau komen, tarikh ujian dan masa yang diambil untuk
menyelesaikan ujian tersebut.
E-glosari
atau e-kamus bergambar adalah kamus interaktif yang mengandungi istilah dan
frasa yang disusun mengikut abjad. E-glosari disediakan dengan audio bagi
memudahkan cara sebutan yang betul dan huraian berkaitan istilah yang berkenaan
manakala e-kamus bergambar disediakan dengan gambar foto, ilustrasi atau
animasi. Ini menunjukkan perbezaan antara e-glosari dan e-kamus.
E-jurnal
juga diperkenalkan oleh kementerian tersebut. E-jurnal adalah sebuah buku
catatan elektronik untuk murid merekodkan refleksi, aktiviti atau tugasan.
Maklumat yang dicatat dalam e-jurnal boleh disimpan ke dalam disket murid atau
pada cakera keras komputer. Maklumat ini juga boleh dihantar kepada rakan atau
guru melalui kemudahan e-mel.
Penggunaan
MyCD berkait rapat dengan penggunaan makmal komputer sekolah. MyCD sesuai
digunakan untuk membantu murid dalam proses pembelajarannya di sekolah terutama
sekolah yang telah dilengkapi prasarana makmal komputer. Pihak sekolah
disarankan agar meletakkan semua MyCD yang dibekalkan melalui Skim Pinjaman
Buku Teks (SPBT) dalam makmal komputer supaya murid boleh mengakses MyCD
setelah pengetahuan / kemahiran berkaitan sesuatu tajuk dalam buku teks telah
dipelajarinya.
6. E - PEMBELAJARAN
E-Pembelajaran
( Pembelajaran Elektronik ) ataupun kadangkala disebut juga sebagai Pengajaran
Berasaskan Web ( Web-Based Instruction ) adalah merupakan satu perkembangan
baru dalam pendidikan hasil daripada ledakan dan perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi ( Ismail Zain, 2002 ). E-pengajaran juga ditakrifkan
sebagai modul penyediaan bahan bantu mengajar secaraelektronik atau yang lebih
tepat melalui teknologi maklumat dan komunikasi ( www.idesa.net.my-berita ).
E-pembelajaran
dapat membawa satu senario pembelajaran yang lebih efisien. Hal ini kerana guru
atau pelajar dapat mengakses maklumat serta memperlajarinya mengikut keperluan
matapelajaran yang hendak diajar atau dipelajari. Di samping menjimatkan masa
dan tenaga, ia juga dapat digunakan secara dalam talian atau di luar talian,
mencetak atau menyimpan serta menggunakan teknik salin dan tampal untuk membina
sesuatu bahan.
Penggunaan
media ini dapat membantu pelajar dalam menerokai dengan lebih mendalam
berkaitan subjek yang akan mereka pelajari. Seorang guru dapat menimbulkan
minat pelajarnya melalui kaedah yang melibatkan teknologi yang terkini dan
salah satunya adalah dengan menggalakkan pelajar-pelajar melayari internet
untuk mencari maklumat berkaitan mata pelajaran yang akan diajar. Seperti laman
portal pendidikan ( Education Web Portals ), antara contoh laman portal
pendidikan tempatan ialah pendidikan utusan ( www.tutor.com.my), cikgu net (
www.cikgu.net.my ) dan sebagainya.
Dalam
teknologi ini terdapat pelbagai maklumat tidak kira salah atau betul. Oleh itu
guru perlu memilih dan membuat penilaian terlebih dahulun sebelum mengunakannya
dalam bilik darjah. Ini disebabkan tanpa perancangan yang rapi elemen
multimedia itu tidak akan tercapai objektif pembelajaran.
Semasa
proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru boleh memanfaatkannya dengan
menjadikan laman web seperti Yahoo, MSN, Alta Vista dan sebagainya sebagai
bahan rujukan, tambahan maklumat atau bahan sokongan modul pembelajaran.
Melalui laman web tersebut guru boleh download pelbagai bahan seperti akhbar,
majalah, jurnal dan sebagainya. pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya guru
memasukan unsur humor dalam pengajaran. Guru tidak perlu membuat jenaka
sebaliknya cuba mewujudkan suasana tersebut dengan memuat turun dari internet seperti
bahan kartun untuk disesuaikan dengan pengajaran tersebut.
Menurut
Zeigler, J. B ( 1999 ), penggunaan humor menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menyeronokan kerana humor memepengaruhi ingatan dan kecerdasan
emosi. Bahan-bahan seperti ini dapat diserapkan dalam pengajaran tahap rendah
supaya memudahkan mereka memahami isi pengajaran. Penggunaan
E-pengajaran banyak membantu guru
dalam mempelbagaikan kaedah, iaitu daripada bentuk statistik, fakta sehinggalah
yang lebih santai iaitu lawak jenaka.
No comments:
Post a Comment