Pages

Monday, April 22, 2024

First Penulisan Selepas pencen guru umur 43 Tahun

 Tiada apa yang hendak dikatakan , hanya coretan sekadar untuk menjadi sejarah . Ini penulisan yang pertama setelah melepaskan jawatan sebagai seorang guru di kementerian pendidikan Malaysia. Saya amik keputusan untuk bersara pilihan setelah berkhidmat selama 13 tahun .

Keputusan yang agak tidak  dijangkakan. Dibuat setelah menilai segala sudut bukan sekadar hidangan gaji di dunia semata mata. Aku juga takut kelak disoal apa yang aku buat dengan bayaran gaji yang diterima. Kesakitan ini, tidak memerlukan sikap pentingkan diri sendiri. 

Aku terpaksa demi pelajaran anak anak pelajar, emosi rakan rakan seperjawatan dan lain lain lagi.. Apa lagi fitnah yang terbuka luas akibat sakit gout. Sakit yang datang tanpa diundang, sakitnya tidak dapat diceritakan. Yang kena, dia tau. Emosi pun terjejas. Apatah lagi tido,kawalan sakit, dan persedian untuk berkhidmat. Banyak berkait rapat dgn orang sekeliling.

Aku perlu kuat mengharungi hari hari mendatang. Aku tidak boleh  jauhkan diri dari Si Pencipta. Yang memberikan kesihatan, yang memberikan kesakitan, Yang menghidupkan dan yang mematikan. Yang memberi kebahagiaan, yang memberikan rezeki tanpa had .

Nanti aku sambung lagi.. hanya penulisan untuk dibaca dimasa akan datang. ...

.

Follow Fb ambo dehh : https://www.facebook.com/mohdshafwan

https://www.facebook.com/mohdshafwan

https://www.facebook.com/mohdshafwan