Pages

Wednesday, June 26, 2013

Melayu Boleh

Melayu Boleh . Boleh melakukan pelbagai rentak kehidupan. Melayu Boleh cemerlang dan Melayu juga boleh gagal. Apakah pilihan bangsa Melayu untuk kehidupan masing-masing. http://sendiri.net/melayu-boleh/

Melayu pernah melakar sejarah menjadikan seluruh tanah air berpegang teguh dengan ajaran Islam. Melayu boleh membina tamadun sendiri. Tetapi sekarang , slogan Melayu Boleh telah menjadi pudar. Penuh dengan unsur lucah dan perkara yang negetif. Kenapakah Melayu Boleh menjadi sebegitu rupa..

Hayati semangat Melayu boleh di laman : http://sendiri.net/melayu-boleh/ dan http://sendiri.net/semangat-melayu-boleh/

Melayu Boleh Berubah

Saturday, February 2, 2013

Sumpah Anak Bangsa


Aku anak merdeka
Bangkit dari persada luka
Berdiri megah di pentas wira
Inginku tebus maruah bangsa

Aku anak merdeka
Terjaga dari ranjang kecewa
Berpaksi gagah di panggung perkasa
Ingin ku bela nasib bangsa

Aku anak merdeka
Harapan nusa dan bangsa
Akan kutentang petualang negara
Yang tegar membuat angkara

Aku anak merdeka
Di hati semangat waja
Di dada penuh satria
Ini Tuah akan membela
Untuk kubalut luka lama
Yang di cari Sumpah Anak Bangsa, tetapi terjumpa Sumpah Anak Merdeka . Jadi..kita kongsi jugak lah .. Lepas ni boleh update lagu sumpah anak bangsa plak kot. 
Hari ni pun masih belum terdapat lirik lagu Sumpah Anak Bangsa.

Monday, January 14, 2013

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

apa dia FPK atau falsafah pendidikan kebangsaan..semua orang mencari apakah maksud FPK atau falsafah pendidikan kebangsaan ni. Jom baca dan kongsi

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN, MATLAMAT, OBJEKTIF
DAN ORGANISASI KANDUNGAN

Pengenalan
Sistem pendidikan format atau moden di Tanah Melayu bermula sejak zaman penjajah Inggeris. Sekolah pertama dibina ialah Penang Free School. Walau bagaimanapun, usaha Inggeris itu sebenarnya bukan bertujuan untuk memajukan orang Melayu, melainkan untuk menghalalkan penjajahan. Selain itu, ia bertujuan untuk mengelakkan tuduhan penindasan terhadap rakyat Malaysia daripada parti-parti politik di Britain dan pertubuhan dunia. Usaha menjadikan sistem pendidikan ke arah membentuk negara bangsa bermula selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Penyata Razak (1956) telah menjadi asas pengubalan Ordinan Pelajaran 1957. Ordinan ini menyarankan satu sistem pelajaran yang memenuhi keperluan negara diwujudkan. Bahasa Melayu (bukan bahasa Malaysia atau bahasa Inglish) telah dijadikan Bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar utama di sekolah. Laporan Penyata Razak, “... hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar ....” Laporan Penyata Rahman Talib (1960) menyarankan agar laporan Penyata Razak dipertingkatkan. Ia menjadi asas penggubalan Akta Pelajaran 1961 yang menghendaki sistem pendidikan negara diperkemaskan agar lebih berkesan.