Lelaki Melayu , perkataan itulah yang dicari melalui laman google. Pencarian tersebut membuahkan hasil yang amat malu lagi menjijikkan.Dimanakah nilai atau ciri Lelaki Melayu yang pada satu ketika digeruni lagi dihormati.Di bawah disertakan gambar hasil carian google.
Melayu Boleh .. http://sendiri.net/melayu-boleh/
Lelaki Melayu Google Search 2/12/2012 |
Tajuk yang memburukkan imej Lelaki Melayu :
1 : Lelaki Melayu Bernafsu
2 : Lelaki Suka Lelaki: Batang melayu
3 : lelaki melayu sekarang - YouTube
4 : MPP Online: [18++++] Video GAY pelakon lelaki melayu popular di
5 : Pencinta Lelaki: Lelaki Melayu Pakai Boxer
6 : Gambar Zakar, Penis & Bogel Lelaki: Konek Melayu
7 : Empayar Pemuda: PANAS : LELAKI MELAYU KAHWIN LELAKI DI ..
8 : Lelaki Melayu Kahwin Dengan Lelaki Eropah Cetus Kontroversi ...
9. Kebebasan : Lelaki Melayu 'Kahwin' Lelaki | AIDC
10.Bersama Mazidul: GADIS TEMPATAN DIMANDIKAN OLEH LELAKI .
11. lelaki melayu sekarang - YouTube
12. Perkahwinan gay pertama lelaki Melayu Islam! | I'm Hafiz
13. Tinjau juga pengakuan awal gadis Melayu, 'Zana' bukan nama sebenar, pernah tinggal bersama teman lelaki warga Nigeria di Puchong, ...
14. GAMBAR PEMUDA MELAYU 'KAHWIN' LELAKI?
15. LeLaKi MeLaYu
lelakimelayu.blogspot.com/ - Translate this pageShare17 Ogos 2012 – biarlah aku sendirian buat seketika.. berdoa untuk budak yang baru nak kenal erti sebuah kehidupan [adik MS]. Ditulis oleh lelaki melayu pada ...
16. Pelajar Lelaki Melayu Tajaan Petronas 'Kahwin' Dengan Lelaki Mat ...
akubudakkola.blogspot.com/.../pelajar-lelak... - Translate this pageSharePelajar Lelaki Melayu Tajaan Petronas 'Kahwin' Dengan Lelaki Mat Salleh. Posted by EMKAY ABDUL on 5:28 PM. GAMBAR perkahwinan pasangan gay ...
17. Lelaki Suka Lelaki
sukalelaki.blogspot.com/ - Translate this pageShareLelaki Suka Lelaki. Segalanya hanya dari lelaki untuk lelaki... Jumaat, 9 November 2012. Bila suka berbogel... Komen2 sikit ye! Ada lagi.. Baca lagi ». By Lelaki ...
18. Lelaki Tukar Muka Menjadi Muka Anjing | Informasi Melayu Kini ...
melayukini.net/.../lelaki-tukar-muka-menjad... - Translate this page6 Mac 2012 – Seekor lelaki telah hilang akal apabila sanggup mengubah mukanya yang agak kacak kepada seekor anjing hitam yang hodoh. Mari kita lihat .
19. Dakwaan Lelaki Melayu Kahwin Sejenis Disiasat | MyNewsHub
mynewshub.my/.../dakwaan-lelaki-melayu-... - Translate this pageShareDakwaan Lelaki Melayu Kahwin Sejenis Disiasat. December 17, 2011. BANGI – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ...
20. Terfaktab: Cara Memikat Amoi (Jika Kau Seorang Lelaki Melayu)
www.terfaktab.com/.../cara-memikat-amoi-j... - Translate this pageLebih kelihatan lelaki korea kacuk melayu kacuk dengan cina. Kalau kau berkulit agak gelap. PAKAI FAIR AND LOVELY sekarang! Anda akan kelihatan seperti ...
Banyak lagi . Cuba anda buka laman google dan taip LELAKI MELAYU . Lihat lah Imej Lelaki Melayu . Imej yang menggambarkan seks semata-mata seks. Adakah kuat sangat Seks dengan Melayu ni..lelaki melayu minat lelaki melayu pun ada..Sinonim sangat kah melayu dan seks.
Hakikatnya, dengan kelajuan arus kemodenan menggambarkan sesuatu yang menakutkan. Sistem komunikasi masyarakat Malaysia terutamanya lelaki Melayu , yang dianggap ketua , yang akan mentadbir negara pada suatu masa akan datang menampakkan semakin hapus budaya kesantunan yang merangkumi nilai kesopanan dan kesusilaan,keluhuran,rendah diri serta menghormati orang lain.
Menurut Ibnu Khaldun, manusia telah mencapai daya kretiviti yang tinggi dalam kehidupan mereka menyebabkan tamadun mempunyai tahap-tahap tertentu selari dengan kebangkitan dan kejatuhan sesebuah negara.
Oh Lelaki Melayu , ke mana perginya harga diri kita yang bergelar Lelaki Melayu. Dan sudah tentulah Lelaki Melayu itu adalah Lelaki Islam. ( majoriti ).Harus diingat, lelaki melayu lah yang layak untuk menjadi Perdana Menteri , lelaki Melayu lah yang ditabalkan sebagai Sultan , Lelaki Melayu lah yang akan menjadi Ketua Keluarga.Lelaki Melayu lah yang akan mencorakkan negara. Lelaki Melayu lah yang bertanggungjawab dalam hal-hal agam Islam. Melayu lah tunjang kepada Negara Malaysia.Melayu lah majoritinya beragama Islam di Malaysia.
Suatu ketika dulu, lelaki Melayu khususnya dan Bangsa Melayu amnya terkenal dengan ciri-ciri ketimuran yang sarat teguh dengan nilai-nilai mulia , nilai-nilai Islam dan budi pekerti yang tinggi. Bahasa Melay diangkat sebagai medium yang berpereanan penting menggabung jalin segala aspek pemikiran,kesopanan,keintelektualan dengan budaya masyarakat MElayu ketika itu.
MELAYU
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu punmasih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu
Keturunan Acheh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu
Dalam sejarahnya Melayu itu
Pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal lautan bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkat senantiasa bersahut
Tangan dihulu sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan
’dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lalar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran’
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka
Usman Awang
26 November 1999
Lagi Puisi Untuk Lelaki Melayu
Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira
Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya boneka Yahudi
Dulu,
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi
Kini,
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat , perogol bersiri
Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita
Kini,
Ramai wanita suci dipenjara
Diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga
Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapapun berani menggoda
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu , dunia dan seisinya
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad , tekun berdakwah
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah
Dulu,
Lelaki memperjuangkan Deen dan Ummah
Al-Farouq , Zunnurain mati terbunuh
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh
Dulu ,
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh
Kini,
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah
Kembalilah lelakiku
Pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki dulu
Acuan Madrasah Rasul
Petikan daripada Novel Syabab Musafir Kasih
p/s : Perempuan Melayu pun mengalami nasib yang sama. Perempuan Melayu juga tak lari daripada seks.Cuba lihat : http://sendiri.net/perempuan-melayu/
2 comments:
macam-macam ..lelaki melayu kuat seks sangat ke ? hehehe
http://sendiri.net/melayu-boleh/
Post a Comment