Pages

Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Wednesday, June 26, 2013

Melayu Boleh

Melayu Boleh . Boleh melakukan pelbagai rentak kehidupan. Melayu Boleh cemerlang dan Melayu juga boleh gagal. Apakah pilihan bangsa Melayu untuk kehidupan masing-masing. http://sendiri.net/melayu-boleh/

Melayu pernah melakar sejarah menjadikan seluruh tanah air berpegang teguh dengan ajaran Islam. Melayu boleh membina tamadun sendiri. Tetapi sekarang , slogan Melayu Boleh telah menjadi pudar. Penuh dengan unsur lucah dan perkara yang negetif. Kenapakah Melayu Boleh menjadi sebegitu rupa..

Hayati semangat Melayu boleh di laman : http://sendiri.net/melayu-boleh/ dan http://sendiri.net/semangat-melayu-boleh/

Melayu Boleh Berubah

Saturday, December 1, 2012

Lelaki Melayu


Lelaki Melayu , perkataan itulah yang dicari melalui laman google. Pencarian tersebut membuahkan hasil yang amat malu lagi menjijikkan.Dimanakah nilai atau ciri Lelaki Melayu yang pada satu ketika digeruni lagi dihormati.Di bawah disertakan gambar hasil carian google.

Melayu Boleh .. http://sendiri.net/melayu-boleh/

Lelaki Melayu
Lelaki Melayu Google Search 2/12/2012
Apa lah Lelaki Melayu, kenapa tajuk-tajuk itu yang tertera di hadapan sekali.Siapakah Lelaki Melayu ? Di manakah nilai Melayu.Tidak seharusnya tajuk-tajuk ini di muka hadapan hasil carian LELAKI MELAYU.

Anak Kecil Main Api

Anak Kecil Main Api


Lagu Anak Kecil Main Api sengaja di postkan di sini.Sambil menunggu bolasepak Piala AFF 2012 , terdengar lagu Anak Kecil Main Api di tv3.Rasa macam tertarik plak kepada lirik Lagu Anak Kecil Main Api ni... Sama2 bangkit , wahai orang Islam , wahai orang Melayu , pertahankan Bumi Malaysia.

p/s : Jom dengar lagu Anak Kecil Main Api dan kita hayati apa yang ada dlm lirik Anak Kecil Main Api

Lirik Lagu Anak Kecil Main Api

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri


Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia


Friday, November 30, 2012

Rekod Pencapaian Malaysia Indonesia


Rekod Pencapaian Malaysia dan Indonesia boleh dilihat sebelum perlawanan bermula. Kedua-dua pasukan baik Malaysia mahupun Indonesia sudah pasti mengharapkan kemenangan. Indonesia sudah pasti mahu mengalahkan Malaysia.

Malaysia sudah pasti tidak akan kalah kepada Indonesia. Semangat Malaysia terus membara. Terus bangkit daripada kekalahan dengan Singapura. Malam ni akan melakarkan sekali lagi sejarah pertembungan antara Malaysia dan Singapura.

Ayuh rakyat Malaysia, ramai-ramai beri sokongan kepada pasukan Harimau Malaya ( Malaysia ) . Menang atau kalah, mereka mewakili negara kita Malaysia.Jangan sampai stadium dipenuhi oleh rakyat Indonesia, samaada yang datang terus dari Indonesia ataupun rakyat Indonesia yang menetap di Malaysia. Pertembungan rumpun Melayu :)


Malaysia
Bendera Malaysia



Malaysia


Nickname: Harimau Malaya

FIFA Ranking: 163

Juara - 2010

Naib Juara - 1996

Tempat Ke- 3 - 2004

Tempat Ke- 4 - 2000, 2002

Separuh Akhir - 2007

Peringkat Kumpulan - 1998, 2008




2010 Gr: Malaysia 1-5 Indonesia/ Gr Malaysia 5-1 Laos/F Malaysia3-0, 1-2 Indonesia

2008 Gr Malaysia 3-0 Laos

2007: SF Malaysia 1-1, 1-1 (pen 4-5) Singapore

2004: SF Malaysia 2-1. 1-4 Indonesia

2002: Gr Malaysia 4-0 Singapore/Gr Malaysia 1-1 Laos/SF Malaysia 0-1 Indonesia

2000: Gr Malaysia 5-0 Laos/Gr Malaysia 1-0 Singapore

1998: Gr Malaysia 0-2 Singapore/ Gr Malaysia 0-0 Laos

1996: Gr Malaysia 1-1 Singapore/SF Malaysia 3-1 Indonesia




Senarai 22 Pemain Malaysia

Coach: K. Rajagobal


Penjaga Gol: 22 Khairul Fahmi Bin Che Mat (1989), 1 Mohd Farizal Bin Marlias (1986)


Pertahanan: 2 Mahalli Bin Jasuli (1989), 3 Mohd Faizal Bin Muhammad (1989) 6 Muhammad Zubir Bin Mohd Azmi (1991), 7 Mohamad Aidil Zafuan Bin Abd Radzak (1987), 11 Mohamad Azmi Bin Muslim (1986), 5 Mohd Bunyamin Umar (1988), 27 Mohamad Fadhli Bin Mohd Shas (1991)


Tengah: 8 Safiq Bin Rahim (C)(1987), 12 Amar Bin Rohidan (1987), 15 Gary Steven Robbat (1992) 16 Kunanlan Subramaniam (1986), 17 Azamuddin Mohd Akil (1985), 18 Mohd Shakir Bin Shaari (1986), 23 Baddrol Bakhtiar (1988), 25 Wan Zack Haikal Wan Nor (1991)


Penyerang: 9 Norshahrul Idlan Bin Talaha (1986), 10 Mohd Safee Mohd Sali (1984), 14 Mohd Khyril Muhymeen Bin Zambri (1987), 13 Ahmad Fakri Saarani (1989), 19 Ahmad Hazwan Bin Bakri (1991)


___________________________________________________________________
Indonesia
Bendera Indonesia
Indonesia


Nickname: Merah Putih (The Red and White)

FIFA Ranking: 165

Naib Juara - 2000, 2002, 2004, 2010

Tempat Ke-3 - 1998

Tempat Ke-4 - 1996

Separuh Akhir - 2008

Peringkat Kumpulan- 2007


2010: Gr Indonesia 5-1 Malaysia/Gr Indonesia 6-0 Laos/F Indonesia 0-3, 2-1 Malaysia

2008: Gr Indonesia 0-2 Singapore

2007: Gr Indonesia 3-1 Laos/Gr Indonesia 2-2 Singapore

2004: Gr Indonesia 6-0 Laos/Gr Indonesia 0-0 Singapore/SF Indonesia 1-2,4-1 Malaysia/F Indonesia 1-3,1-2 Singapore

2002: SF Indonesia 1-0 Malaysia

1998: SF Indonesia 1-2 Singapore

1996: Gr: Indonesia 5-1 Laos/SF Indonesia 1-3 Malaysia

Senarai 22 Pemain Indonesia

Coach: Nil Maizar


GOALKEEPERS: 12 Wahyu Tri Nugroho 22 Endra Prasetya Suprapto


DEFENDERS: 2 Handi Ramdan, 4 Novan Setya Sasongko, 5 Nopendi, 6 Fachrudin Wahyudi Aryanto, 13 Wahyu Wijiastanto, 18 Bernardus Valentinus Telaubun


MIDFIELDERS: 3 Raphael Gullerm Eduardo Maitimo, 7 Taufiq, 8 Elie Aiboy, 14 Rasyid Assahid Bakri, 25 Cornelis Sergius Geddi, 26 Vendri Ronaldo Mofu, 28 Oktavianus Maniani, 33 Tonnie Harry Cussel


STRIKERS: 9 Syamsul Arif Munip, 10 Irfan Haarys Bachdim, 20 Bambang Pamungkas, 21 Andik Vermansah, 29 M Rahmad Syamsuddin Leo, 34 Johnny Rudolf van Beukering



Sumber : http://malaysiafootball-dimos.blogspot.com/2012/07/aff-piala-suzuki-2012.html

p/s : Malaysia mampu mengalahkan Indonesia. Tanpa sokongan rakyat Malaysia,Indonesia akan mengambil peluang untuk menang. Yakin Boleh Malaysia , Teruskan usaha untuk mengharumkan Nama Malaysia

Rekod Pencapaian Malaysia dan Indonesia dari sudut FIFA ranking , sudah pasti Malaysia dihadapan Indonesia. Malaysia 163 manakala Indonesia 165. Selamat Berjuang Malaysia



Terkini . : Mahalli Jasuli hero Malaysia. Gerakkan menarik dengan Wan Zack Haikal. Tahniah anak Melayu , Anak Malaysia . Melayu boleh , malaysia boleh 

Wednesday, June 18, 2008

TAKRIF DAN CIRI-CIRI TAMADUN

TAKRIF DAN CIRI-CIRI TAMADUN
Perkataan ‘tamadun’ digunakan bagi menggambarkan kemajuan sesebuah masyarakat khausunya dari sudut ilmu pengetahuan dan fizikal. Dari perspektif semasa, perkataan ‘tamadun’ merujuk kepada pencapaian yang tinggi dalam sains dan teknologi (S&T) selari dengan penonjolannya dalam tamadun Barat. Perkataan tamadun itu sendiri adalah dari bahasa Arab yang telah diterima pakai dalam bahasa Melayu (dalam bahasa Indonesia istilah peradaban lebih popular penggunaannya). Dari sudut etimologinya ia berasal daripada kalimah maddana iaitu kata kerja merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan ini diterbitkan perkataan madani yang merupakan sifat nama. Madani merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan pembangunan perbandaran serta kehalusan budi pekerti yang terpuji. Kedua-dua perkataan maddana dan madani sendiri sebenarnya berasal daripada deen yang bermaksud agama, iaitu menggambarkan kehidupan beragama.
Secara tidak langsung, pengertian tamadun menekankan dua perkara yang penting iaitu kehalusan budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau penempatan. Secara lebih sempurna, tamadun boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pembangunan dalam segala perlakuan, pemikiran dan kemajuan (seperti S&T, kesenian, kesusasteraan dan lain-lain) yang tinggi, baik, halus dan sopan ke arah pembentukan peribadi dan komuniti yang memiliki personaliti, tatasusila dan budi pekerti yang terpuji untuk membentuk sebuah masyarakat atau negara bangsa.
Selain daripada itu, perkataan yang sering digunakan dalam bahasa Inggeris untuk memberi maksud tamadun ialah civilization. Perkataan ini berasal daripada perkataan civitas dalam bahasa Latin yang bermaksud bandar atau kota. Seperti hadarah dan peradaban, civilization juga membawa maksud yang menekankan penggabungan antara ketinggian budaya dan kemajuan kebendaan.
Di antara penulis yang boleh dianggap pelopor dalam bidang pengajian ini antaranya adalah Jurji Zaydan dan Farid Wajdi, di samping beberapa tokoh lain seperti Muhammad Abduh dan Malik Bennabi. Bagaimana pun penulis yang lebih awal mengupas dan mengenengahkan idea pengajian ketamasunan ini adalah Ibn Khaldun. Ibn Khaldun menggunakan istilah ‘umran bagi menjelaskan makna dan maksud tamadun yang merangkumi organisasi sosial dan budaya. Istilah tamadun diperkenalkan secara khusus bagi pengajian ini oleh Jurji Zaydan apabila beliau menerbitkan karyanya yang masyhur Tarikh al-Tamaddun al-Islami. Muhammad Abduh menggunakan istilah madaniyyah (daripada akar perkataan yang sama dengan tamaddun).
Dalam korpus berbahasa Melayu pula, sekurang-kurangnya dua istilah yang sering digunakan iaitu “tamadun” dan “peradaban”. Kedua-dua istilah itu juga bukanlah kata asal bahasa Melayu. Kedua-duanya adalah pinjaman perkataan Arab. Dalam korpus penulisan berbahasa Melayu, sebelum kedatangan Islam perkataan yang dugunakan bagi maksud peradaban adalah budaya yang bertunjang kepada ketinggian nilai dan kehalusan budi. Hal ini dicerminkan dalam adat resam dan tradisi bangsa Melayu zaman berzaman. Pada ketika ini kalimah Melayu yang sering digunakan bagi menggambarkan peningkatan kehidupan masyarakat ini adalah kemajuan atau pembangunan. Namun begitu perkataan maju dan kemajuan ternyata mempunyai konotasi yang jauh lebih sempit daripada tamadun. Sesudah kedatangan Islam istilah-istilah bahasa Arab diguna dengan meluas dan kemudiannya diiktirafkan dan diterima pakai sebagai perkataan atau istilah Bahasa Melayu.