Pernah aku bertanya kepada seseorang tentang zakat pendapatan, dia cakap ada ka zakat pendapatan ? dan ada pulak yang menjawab kena la bayar , wajib bayar dan macam 2 pendapat.
Pengertian Zakat
Maksud Dari Segi Bahasa:
Bererti "BERSIH", "SUCI", "SUBUR", "BERKAT" , "RAHMAT" dan "BERKEMBANG"
Pengertian "BERSIH" dan "SUCI" dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.
Maksud Dari Syarak:
Mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak
Islam memandang berat tentang kewajipan berzakat
Amil sebagai agen dalam memberi kemudahan untuk orang Islam menunaikan zakat
Zakat adalah satu kewajipan yang wajid ditunaikan bagi orang yang mempunyai kelebihan harta
Peranan Zakat
Dari Segi Sosial:
Membantu meringankan beban faqir dan miskin
Merapatkan Jurang Pemisah antara kaya dan miskin
Sumber pembangunan masyarakat
Tanda kesyukuran atas nikmat yang diberi
Membersihkan hati
Menyucikan harta
Menyuburkan harta
Dari Segi Ekonomi
Pemangkin guna tenaga
Pembasmi kemiskinan
Pengagihan kekayaan
Peningkatan kekayaan
Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:
Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.
Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.
Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
Para Fuqaha' merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai "Mal Mustafad" iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.
Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.
Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.
JENIS-JENIS ZAKAT
Zakat Fitrah - Dikenakan ke atas setiap orang Islam setahun sekali di bulan Ramadhan.
Zakat Harta –
i. Zakat Perniagaan (termasuk saham)
Semua peniaga-peniaga Islam yang mempunyai jumlah nilaian barang-barang yang diniagakan melebihi nisab dan cukup satu tahun berniaga (haul).
Jumlah pengiraan:
(Harta Semasa - Tanggungan Semasa + /- Pelarasan ) * % milikan Muslim * 2.5 % (Sekiranya mencukupi nisab)
ii. Zakat Wang Simpanan
Orang Islam yang mempunyai simpanan wang simpanan di mana-mana tempat/institusi kewangan yang melebihi nisab dan mencukupi satu tahun simpanan. Kaedah pengiraan:
· Bagi simpanan tetap setelah cukup haul simpanan iaitu 354 hari dan / atau mencukupi nisab (andaian RM 3,200.00) wajib dileluarkan zakat
· Bagi simpanan biasa pula, ia adalah berdasarkan jumlah baki terendah bagi semua akaun simpanan dalam tempoh satu tahun. Ia juga hendaklah diketahui tempoh haulnya iaitu bilakah bermula dan berakhirnya haul bagi simpanan tersebut.
Misalnya:
(Baki terendah bagi tahun 2004 adalah RM 4,000.00) = RM 4,000.00 * 2.5 % = RM 100.00
(Zakat yang dikenakan adalah sebanyak RM 100.00)
· Sekiranya ada pertambahan yang cukup setahun tempohnya, maka WAJIB dikeluarkan zakat.
iii. Zakat pendapatan
Firman ALLAH S.W.T :
· " Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu bersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui ".
(Surah At-Taubah :103)
· " Hai orang-orang yang beriman, keluarkanlah, nafkahkanlah di jalan Allah sebahagian dari hasil usahanya yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. "
(Surah Al-Baqarah :267)
Orang Islam yang mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan yang tetap serta melebihi nisab adalah wajib mengeluarkan zakat.
Menurut Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksyen 6A(3) yang menyebut:
"Rebet hendaklah diberikan pada tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis. "
Kaedah pengiraan:
1. Mengikut Pendapatan Kasar ( Jumlah Pendapatan Kasar * 2.5 % = Zakat )
2. Menggunakan Kaedah Pendapatan Bersih
A. PENDAPATAN DARI SEMUA SUMBER (SETAHUN)
Contoh
1. Gaji (Contoh :RM 1,500.00 * 12 bulan RM 18,000
2. Elaun RM 3,000
3. Bonus RM 1,500
Jumlah Pendapatan Kasar RM 22,500.00
B. PERBELANJAAN YANG DIBENARKAN (SETAHUN)
Contoh
Diri RM 5,000
* Isteri RM 3,000
* Anak-anak (RM 800.00 * 3) RM 2,400
Pemberian kepada ibubapa (Jumlah Sebenar) RM 2,400
Caruman KWSP (9 % - tertakluk kepada perubahan) RM 2,025
Caruman LTH RM 300
Insuran Keluarga / Pendidikan (Takaful) RM 1,200
Caruman kepada Institusi / Koperasi yang telah
membayar zakat bagi pihak ahli RM 240
Jumlah Tolakan RM 15,365
C. PENDAPATAN BERSIH YANG LAYAK DIZAKAT (A - B)
RM 22,500.00 - RM 15,365 RM 7,135
Nilai melebihi paras nisab yang mewajidkan zakat
D. ZAKAT YANG WAJID DIBAYAR
RM 7,135.00 * 2.5 % RM 178.30
Nota bagi pengiraan zakat pendapatan mengikut kaedah B
1. Jumlah pendapatan dari semua sumber yang dicampurkan dalam masa setahun termasuk sewa, dividen dalam bentuk pendapatan tambahan.
2. Perbelanjaan yang dibenarkan ditolak:
Diri RM 5,000.00
Isteri RM 3,000.00 ( seorang)
Anak-anak RM 800.00 (seorang)
Takaful Keluarga / Pendidikan - dibayar zakat ketika matang
Pemberian kepada ibubapa, caruman KWSP, Caruman LTH, caruman kepada Institusi/Koperasi yang telah membayar zakat (jumlah sebenar)
(*) Tiada tolakan item ini bagi isteri yang bekerja/bujang kecuali ibu tunggal yang menanggung anak-anak
Jika ingin membayar secara potongan gaji, jumlah zakat hendaklah dibahagi 12 bulan
RM 178.38 / 12 bulan = RM 14.86 potongan sebulan
iv. Zakat emas dan perak (termasuk perhiasan)
Semua orang Islam yang menyimpan emas dan perak dalam bentuk perhiasan atau sebagainya melebihi nisab dan uruf setempat serta mencukupi satu tahun simpanan. Kaedah pengiraan:
a) Zakat Emas
Pembayaran zakat emas terbahagi kepada 2 iaitu:
· 2.5 % atas nilai emas yang disimpan setahun yang nilai pasarannya melebihi kadar nisab (85 gram)
· Emas yang dipakai tidak dikenakan zakat melainkan melebihi uruf iaitu pemakaian setempat seseorang itu. Misalnya:
Jika pemakaian setempat seseorang individu itu (uruf) ialah 150 Gram dan jumlah emas yang dipakai ialah 350 Gram, maka zakat yang dikenakan sebanyak 200 Gram setelah ditolak uruf.
b) Zakat Perak
2.5 % ke atas nilai perak yang disimpan atau yang dipakai yang nilainya melebihi kadar nisab (624 gram)
v. Zakat binatang ternakan
Penternak-penternak lembu, kerbau, kambing dan biri-biri yang mana ternakannya melebihi nisab dan genap satu tahun peliharaan Kadar Zakat:
Paling minimun zakat
Lembu / Kerbau = 30 ekor
Kambing = 40 ekor
vi. Zakat buah-buahan dan biji-bijian
Penanam-penanam buah-buahan dan biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan tahan disimpan dan mencukupi nisab seperti padi, jagung dan sebagainya.
Siraman Menggunakan air hujan
1/10 * Hasil Tuaian
Siraman Menggunakan Teknologi Moden
1/20 * Hasil Tuaian
Sementara hasil tuaian yang wajid dikenakan zakat ialah 375 gantang
Misalnya:
Jumlah hasil tuaian (air hujan) maka zakat yang dikenakan adalah
= 1,000 gantang
: 1/10 * 1,000 gantang
= 100 gantang hasil tuaian
vii. Zakat Galian
a) Kekayaan galian merangkumi seluruh bahan galian yang terdapat di dalam bumi atau di dasar laut sama ada bahan galian tersebut berbentuk cecair seperti minyak ataupun berbentuk pepejal seperti garam ataupun berbentuk gas seperti butana ataupun bahan tersebut dari jenis yang boleh dibentuk seperti besi atau dari jenis yang tidak boleh dibentuk seperti sulfur.
b) Nisab zakat galian adalah sama nilai dengan nilai 85 gram emas.
Nisab ini juga hendaklah di ambil kira sama ada bahan tersebut dikeluarkan serentak ataupun dikeluarkan beberapa kali bukan kerana ditinggalkan terbiar. Bahan galian yang dikeluarkan beberapa kali tersebut hendaklah dicampurkan untuk menghitung nisabnya. Jika usaha untuk mengeluarkan bahan galian tersebut terhenti disebabkan berlaku halangan secara tiba-tiba seperti membaiki peralatan ataupun berlaku mogok pekerja, keadaan tersebut tetap tidak mempengaruhi kewajipan untuk mencampurkan bahan galian yang dikeluarkan di antara satu sama lain.
Jika usaha tersebut terhenti disebabkan berpindah kepada pekerjaan lain kerana putus asa disebabkan oleh faktor-faktor yang lain, keadaan ini akan mempengaruhi kewajipan untuk mencampurkan bahan galian sehingga nisabnya dihitung ketika usaha-usaha penggalian tersebut dimulakan kembali.
c) Tiada haul
d) Kadar zakat bahan galian yang wajib dikeluarkan adalah sebanyak 2.5 % atau 1/40 mengikut pendapat mazhab jumhur (sebahagian besar) ulama fekah.
e) Bahan galian merangkumi kesemua bahan yang dikeluarkan dari perut bumi.
viii. Zakat rikaz (harta karun)
· Mereka yang menemui harta yang tersimpan atau tersembunyi
ix- Zakat Saham
· Kiraan zakat adalah berdasarkan pada harga semasa atau harga berlian yang mana lebih rendah dan jika saham adalah dalam bentuk pinjaman, maka kiraan zakat dikira bergantung ke atas jumlah yang telah dibayar.
x- Zakat KWSP
· Simpanan KWSP yang dikeluarkan hendaklah mencukupi nisab semasa dikeluarkan. Jika simpanan KWSP yang dikeluarkan itu disimpan pula selama setahun, maka zakat akan dikenakan sekali lagi sebagai zakat wang simpanan
Sumber : http://maidam.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/article2.php?cid=2&aid=4113
ZAKAT PENDAPATAN

SYARAT WAJIB ZAKAT
Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:
1. ISLAM
Zakat hanya dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja.
2. MERDEKA
Syarat ini tetap dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib.
3. SEMPURNA MILIK
Harta yang hendak dizakat hendaklah dimiliki dan dikawal sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka. Bagi harta yang berkongsi antara orang Islam dengan orang bukan Islam, hanya bahagian orang Islam sahaja yang diambil kira di dalam pengiraan zakat.
4. HASIL USAHA YANG BAIK SEBAGAI SUMBER ZAKAT
Para Fuqaha' merangkumi semua pendapatan dan penggajian sebagai "Mal Mustafad" iaitu perolehan baru yang termasuk dalam taksiran sumber harta yang dikenakan zakat.
5. CUKUP NISAB
Nisab adalah paras minimum yang menentukan sesuatu harta itu wajib dikeluarkan atau tidak. Nisab menggunakan nilai emas harga semasa iaitu 20 misqal emas bersamaan 85 gram emas atau 196 gram perak.
6. CUKUP HAUL
Bermaksud genap setahun iaitu selama 354 hari mengikut tahun Hijrah atau 365 hari mengikut tahun Masihi. Dalam zakat pendapatan, jangkamasa setahun merupakan jangkamasa mempersatukan hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatan.
HARTA WAJIB ZAKAT
SUMBER
|
DEFINISI
|
JENIS
|
MAZHAB
|
Pendapatan wang/professional/ terimaan
|
Semua jenis pendapatan dan perolehan dalam bentuk wang
|
· Gaji
· Pendapatan bebas
· Bon
· Saham
· Surat Jaminan
· Hibah
· Royalti
· Honorarium
· Perundingan
· Al-Mustaghallat
|
Ijma' Ulama'
|
Hasil Tanaman
|
Semua hasil pertama dari tanaman samada jangka pendek
atau panjang dan makanan ruji atau tidak
|
· Kelapa Sawit
· Dusun
· Getah
· Koko
· Sayuran
· Madu
|
Abu Hanifah dan
Abu Yusuf
|
Hasil Ternakan
|
Semua hasil yang diperolehi oleh kegiatan ternakan
haiwan yang diperniagakan
|
· Ayam
· Itik
· Ikan
· Burung
· Burung Unta
· Arnab
|
Ijma' Ulama'
|
Hasil Galian
|
Semua hasil daripada perut bumi samada pejal atau cair
dan yang boleh lebur atau tidak
|
· Bijih Timah
· Bijih Besi
· Permata
· Petroleum
|
Mazhab Ahmad
|
JENIS-JENIS ZAKAT
Zakat Fitrah - Dikenakan ke atas setiap orang Islam setahun sekali di bulan Ramadhan.
Zakat Harta –
i. Zakat Perniagaan (termasuk saham)
Semua peniaga-peniaga Islam yang mempunyai jumlah nilaian barang-barang yang diniagakan melebihi nisab dan cukup satu tahun berniaga (haul).
Jumlah pengiraan:
(Harta Semasa - Tanggungan Semasa + /- Pelarasan ) * % milikan Muslim * 2.5 % (Sekiranya mencukupi nisab)
ii. Zakat Wang Simpanan
Orang Islam yang mempunyai simpanan wang simpanan di mana-mana tempat/institusi kewangan yang melebihi nisab dan mencukupi satu tahun simpanan. Kaedah pengiraan:
· Bagi simpanan tetap setelah cukup haul simpanan iaitu 354 hari dan / atau mencukupi nisab (andaian RM 3,200.00) wajib dileluarkan zakat
· Bagi simpanan biasa pula, ia adalah berdasarkan jumlah baki terendah bagi semua akaun simpanan dalam tempoh satu tahun. Ia juga hendaklah diketahui tempoh haulnya iaitu bilakah bermula dan berakhirnya haul bagi simpanan tersebut.
Misalnya:
(Baki terendah bagi tahun 2004 adalah RM 4,000.00) = RM 4,000.00 * 2.5 % = RM 100.00
(Zakat yang dikenakan adalah sebanyak RM 100.00)
· Sekiranya ada pertambahan yang cukup setahun tempohnya, maka WAJIB dikeluarkan zakat.
iii. Zakat pendapatan
Firman ALLAH S.W.T :
· " Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu bersihkan dan mensucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketenteraman jiwa bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui ".
(Surah At-Taubah :103)
· " Hai orang-orang yang beriman, keluarkanlah, nafkahkanlah di jalan Allah sebahagian dari hasil usahanya yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu. "
(Surah Al-Baqarah :267)
Orang Islam yang mempunyai pekerjaan dan sumber pendapatan yang tetap serta melebihi nisab adalah wajib mengeluarkan zakat.
Menurut Akta Cukai Pendapatan 1967 Seksyen 6A(3) yang menyebut:
"Rebet hendaklah diberikan pada tahun taksiran untuk sebarang bayaran zakat fitrah atau lain-lain tuntutan agama Islam yang mana pembayarannya wajib dan yang telah dibayar dalam tahun asas bagi tahun taksiran itu dan dibuktikan oleh resit yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang berkenaan yang ditubuhkan mengikut undang-undang bertulis. "
Kaedah pengiraan:
1. Mengikut Pendapatan Kasar ( Jumlah Pendapatan Kasar * 2.5 % = Zakat )
2. Menggunakan Kaedah Pendapatan Bersih
A. PENDAPATAN DARI SEMUA SUMBER (SETAHUN)
Contoh
1. Gaji (Contoh :RM 1,500.00 * 12 bulan RM 18,000
2. Elaun RM 3,000
3. Bonus RM 1,500
Jumlah Pendapatan Kasar RM 22,500.00
B. PERBELANJAAN YANG DIBENARKAN (SETAHUN)
Contoh
Diri RM 5,000
* Isteri RM 3,000
* Anak-anak (RM 800.00 * 3) RM 2,400
Pemberian kepada ibubapa (Jumlah Sebenar) RM 2,400
Caruman KWSP (9 % - tertakluk kepada perubahan) RM 2,025
Caruman LTH RM 300
Insuran Keluarga / Pendidikan (Takaful) RM 1,200
Caruman kepada Institusi / Koperasi yang telah
membayar zakat bagi pihak ahli RM 240
Jumlah Tolakan RM 15,365
C. PENDAPATAN BERSIH YANG LAYAK DIZAKAT (A - B)
RM 22,500.00 - RM 15,365 RM 7,135
Nilai melebihi paras nisab yang mewajidkan zakat
D. ZAKAT YANG WAJID DIBAYAR
RM 7,135.00 * 2.5 % RM 178.30
Nota bagi pengiraan zakat pendapatan mengikut kaedah B
1. Jumlah pendapatan dari semua sumber yang dicampurkan dalam masa setahun termasuk sewa, dividen dalam bentuk pendapatan tambahan.
2. Perbelanjaan yang dibenarkan ditolak:
Diri RM 5,000.00
Isteri RM 3,000.00 ( seorang)
Anak-anak RM 800.00 (seorang)
Takaful Keluarga / Pendidikan - dibayar zakat ketika matang
Pemberian kepada ibubapa, caruman KWSP, Caruman LTH, caruman kepada Institusi/Koperasi yang telah membayar zakat (jumlah sebenar)
(*) Tiada tolakan item ini bagi isteri yang bekerja/bujang kecuali ibu tunggal yang menanggung anak-anak
Jika ingin membayar secara potongan gaji, jumlah zakat hendaklah dibahagi 12 bulan
RM 178.38 / 12 bulan = RM 14.86 potongan sebulan
iv. Zakat emas dan perak (termasuk perhiasan)
Semua orang Islam yang menyimpan emas dan perak dalam bentuk perhiasan atau sebagainya melebihi nisab dan uruf setempat serta mencukupi satu tahun simpanan. Kaedah pengiraan:
a) Zakat Emas
Pembayaran zakat emas terbahagi kepada 2 iaitu:
· 2.5 % atas nilai emas yang disimpan setahun yang nilai pasarannya melebihi kadar nisab (85 gram)
· Emas yang dipakai tidak dikenakan zakat melainkan melebihi uruf iaitu pemakaian setempat seseorang itu. Misalnya:
Jika pemakaian setempat seseorang individu itu (uruf) ialah 150 Gram dan jumlah emas yang dipakai ialah 350 Gram, maka zakat yang dikenakan sebanyak 200 Gram setelah ditolak uruf.
b) Zakat Perak
2.5 % ke atas nilai perak yang disimpan atau yang dipakai yang nilainya melebihi kadar nisab (624 gram)
v. Zakat binatang ternakan
Penternak-penternak lembu, kerbau, kambing dan biri-biri yang mana ternakannya melebihi nisab dan genap satu tahun peliharaan Kadar Zakat:
Paling minimun zakat
Lembu / Kerbau = 30 ekor
Kambing = 40 ekor
vi. Zakat buah-buahan dan biji-bijian
Penanam-penanam buah-buahan dan biji-bijian yang menjadi makanan asasi dan tahan disimpan dan mencukupi nisab seperti padi, jagung dan sebagainya.
Siraman Menggunakan air hujan
1/10 * Hasil Tuaian
Siraman Menggunakan Teknologi Moden
1/20 * Hasil Tuaian
Sementara hasil tuaian yang wajid dikenakan zakat ialah 375 gantang
Misalnya:
Jumlah hasil tuaian (air hujan) maka zakat yang dikenakan adalah
= 1,000 gantang
: 1/10 * 1,000 gantang
= 100 gantang hasil tuaian
vii. Zakat Galian
a) Kekayaan galian merangkumi seluruh bahan galian yang terdapat di dalam bumi atau di dasar laut sama ada bahan galian tersebut berbentuk cecair seperti minyak ataupun berbentuk pepejal seperti garam ataupun berbentuk gas seperti butana ataupun bahan tersebut dari jenis yang boleh dibentuk seperti besi atau dari jenis yang tidak boleh dibentuk seperti sulfur.
b) Nisab zakat galian adalah sama nilai dengan nilai 85 gram emas.
Nisab ini juga hendaklah di ambil kira sama ada bahan tersebut dikeluarkan serentak ataupun dikeluarkan beberapa kali bukan kerana ditinggalkan terbiar. Bahan galian yang dikeluarkan beberapa kali tersebut hendaklah dicampurkan untuk menghitung nisabnya. Jika usaha untuk mengeluarkan bahan galian tersebut terhenti disebabkan berlaku halangan secara tiba-tiba seperti membaiki peralatan ataupun berlaku mogok pekerja, keadaan tersebut tetap tidak mempengaruhi kewajipan untuk mencampurkan bahan galian yang dikeluarkan di antara satu sama lain.
Jika usaha tersebut terhenti disebabkan berpindah kepada pekerjaan lain kerana putus asa disebabkan oleh faktor-faktor yang lain, keadaan ini akan mempengaruhi kewajipan untuk mencampurkan bahan galian sehingga nisabnya dihitung ketika usaha-usaha penggalian tersebut dimulakan kembali.
c) Tiada haul
d) Kadar zakat bahan galian yang wajib dikeluarkan adalah sebanyak 2.5 % atau 1/40 mengikut pendapat mazhab jumhur (sebahagian besar) ulama fekah.
e) Bahan galian merangkumi kesemua bahan yang dikeluarkan dari perut bumi.
viii. Zakat rikaz (harta karun)
· Mereka yang menemui harta yang tersimpan atau tersembunyi
ix- Zakat Saham
· Kiraan zakat adalah berdasarkan pada harga semasa atau harga berlian yang mana lebih rendah dan jika saham adalah dalam bentuk pinjaman, maka kiraan zakat dikira bergantung ke atas jumlah yang telah dibayar.
x- Zakat KWSP
· Simpanan KWSP yang dikeluarkan hendaklah mencukupi nisab semasa dikeluarkan. Jika simpanan KWSP yang dikeluarkan itu disimpan pula selama setahun, maka zakat akan dikenakan sekali lagi sebagai zakat wang simpanan
Sumber : http://maidam.terengganu.gov.my/maxc2020/agensi/article2.php?cid=2&aid=4113
ZAKAT PENDAPATAN
2 comments:
cool
betul222
Post a Comment