Pages

Monday, March 9, 2009

Bahasa Melayu

Martabatkan lah Bahasa Melayu,kenapa perlu d Subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris?Sudahkah kita lupa bahawa kita mempunyai cita-cita untuk memartabatkan bahasa Melayu?Adakah kita tidak yakin bahawa Bahasa Melayu akan menjadi bahasa Ilmu?adakah Kita telah hilang keyakinan untuk membuktikan Bahasa Melayu adalah sumber ilmu?Lupakan kita suatu ketika dahulu,bahasa Melayu menjadi bahasa utama di Benua kita?Adakah kita takut ,dengan menggunakan bahasa Melayu,negara kita akan ketinggalan?Dimanakah maruah Bahasa Melayu dan siapakah yang hendak memperkasakan bahasa Melayu?
Sudah berpuluh tahun bahasa melayu digunakan dalam subjek sains dan matematik.Tidak berhasilkan kita melahirkan Profesor?Adakah dengan menggunakan bahasa melayu,tidak lahir seorang doktor,profesor dan angkasawan?Kenapa tidak kita ambil segala kejayaan dan cuba mencipta bahasa melayu sebagai bahasa Ilmu?
Renunglah,sebelum terlambat.Bangunlah melayu sebelum kita lupa apakah bahasa ibunda kita.Kenapakah kita tidak cuba menaikan martabat tulisan jawi yg menjadi tulisan Bahasa MElayu suatu ketika dulu?kenapakah perlu diubah terus bahasa melayu ke bahasa inggeris?Kalau sekarang sudah ramai yg tidak mahir menulis jawi,yg suatu ketika dulu menjadi tulisan Bahasa Melayu,bagaimana pula nasib bahasa melayu akan datang?jangan sampai tiada siapa yg pandai berbahasa melayu..Dan jangan sampai suatu masa,org malu mengaku aku Adalah Melayu

No comments: