Pages

Wednesday, December 12, 2012

Media Dalam Pengajaran


MEDIA DALAM PENGAJARAN

                Pengajaran guru perlu disampaikan dengan kaedah pengajaran yang pelbagai dan bersesuaian dengan keadaan diri pelajar. Hal ini kerana gaya seseorang pelajar belajar adalah berbeza dengan gaya seseorang pelajar yang lain. Oleh itu guru perlulah peka dalam memilih sesuatu bahan untuk disesuaikan dengan semua tahap kognitif pelajar. Oleh hal sedemikian, guru perlu bijak memilih alat bantu mengajar atau pun dipanggil media pengajaran.
                Tujuan penggunaan media pengajaran adalah untuk membantu para guru dalam menyampaikan isi pengajaran supaya apa yang hendak disampaikan dapat difahami oleh pelajar. Selain itu ia juga dapat meningkatkan motivasi pelajar kerana penggunaan media pengajaran yang pelbagai dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru.
                Terdapat beberapa jenis media dalam pengajaran atau alat bantu mengajar. Antara        jenis-jenis tersebut ialah alat pandang, pandang-dengar, media bukan elektronik dan elekrronik. Pada hari ini, media pengajaran lebih berasaskan teknologi yang moden seperti projektor overhed, perakam kaset, televisyen dan video, komputer dan CD-ROM serta E-pembelajaran. Alatan ini lebih memberi kesan dalam pembelajaran berbanding alatan tradisional seperti papan tulis, kapur dan buku teks.

1.            PROJEKTOR OVERHED
                                Projektor overhed atau OHP merupakan alatan moden yang terawal didunia.  Menurut Abd. Ghafar Md. Din ( 2003 ) ia adalah alat bantu mengajar yang kini meluas digunakan di sekolah-sekolah. Peranan dan fungsi projektor overhed hampir menyerupai peranan dan fungsi papan tulis. Bahan pelajaran atau maklumat yang disediakan ditulis pada kepingan transparensi atau lut sinar.
                OHP merupakan salah satu alat yang sering kali digunakan oleh guru dalam bilik darjah. Penggunaan yang mudah menjadi faktor utama alatan ini menjadi kegemaran guru untuk menggunakannya. Guru hanya perlu tahu bahagian-bahagian penting pada OHP seperti sius on dan off, fokus, pancaran, tayangan dan mentol.
                Alatannya yang sederhana merupakan satu cabaran bagi guru untuk menarik minat pelajar dalam melibatkan diri dalam pembelajaran. Hal ini kerana alat tersebut tidak menarik seperti teknologi lain seperti televisyen, komputer dan sebagainya. Walau bagaimanapun, Penggunaan OHP memudahkan guru dalam mempelbagikan lagi kaedah seperti perbincangan, soal jawab, syarahan, sokratik dan sebagainya.
                 Pada kebiasaannya, penggunaan OHP akan digabungkan dengan kaedah syarahan. Hal ini kerana penggunaannya meletakkan seseorang guru berhadapan dengan pelajarnya, ini dapat memastikan kawalan bilik  darjah terjamin. Guru boleh membaca bahan pada transperansi tanpa menoleh ke arah skrin. Dengan cara ini, pelajar akan lebih memberi tumpuan semasa proses pengajaran berlaku.
                                OHP berbeza daripada kebanyakan projektor tayangan yang lain, penggunaannya perlulah di bilik yang terang. Kelebihan ini merupakan satu bonus kepada guru untuk menjayakan pengajaran. Keadaan bilik yang terang memudahkan pelajar untuk melihat apa yang tertera di hadapan mereka dan sekaligus pelajar dapat menyalin dan membuat catatan ketika guru menayang transparensi.
                                Penggunaan OHP juga boleh dipelbagai, selain menayangkan transprensi ia juga dapat ditayangkan pelbagai bahan seperti sehelai daun atau pelbagai geomatrik yang dibuat daripada kertas. Penayangan melalui OHP, bahan-bahan tersebut dapat dilihat dengan jelas lagi.  Hal ini dapat membantu pelajar sekiranya bahan yang dibawa oleh guru itu tidak mencukupi, jadi dengan penayangan melalui OHP guru dapat menunjukkan kepada semua pelajar.
                                Walaupun OHP diketogarikan sebagai teknologi yang lama, tetapi kesan penggunaan kepada pelajar masih berkesan. Hal ini dapat dibuktikan, di mana banyak sekolah yang menggunakan OHP dan papan tulis berbanding media pengajaran yang lain seperti televisyen, video dan lain-lain.
2.            PERAKAM KASET
                Perakam kaset merupakan alat bantu mengajar yang kerap digunakan. Guru biasanya menggunakan alat ini sebagai sebahagian daripada kaedah penyampaian pengajaran dan pembelajaran atau gabungjalin pengajaran topik-topik tertentu. Selain menyampaikan pengajaran kepada pelajar, ia juga berjaya menarik minat pelajar. Mata pelajaran yang sering menggunakan alat ini ialah bahasa melayu, agama/moral, muzik, sejarah, geografi, sains yang terdiri daripada fizik, kimia dan biologi.
                Ia juga merupakan sebahagian sistem multi-media. Hal ini kerana media perakam kaset adalah suatu alat yang amat berkesan untuk mencapai matlamt pengajaran jika kita memenuhi kehendak yang berkait ianya radio hanya sebagai media yang membolehkan pelajar mendengar, sebaliknya sesuatu yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri ( Muhamad Hasan Abdul Rahman, 2002 ).
                Teknik merekod melalui pita rakaman sesuai dalam mata pelajaran seperti kesusasteraan iaitu sajak, puisi, syair, gurindam dan lain-lain. Guru boleh mendeklamasikan dulu bahan tersebut dengan diiringi oleh muzik yang sesuai, selepas itu, bahan tersebut boleh diperdengarkan kepada pelajar-pelajar. Kemudian meminta pelajar ulang kembali apa yang didengarkannya serta meminta mereka mengeluarkan isi dari bahan tersebut. Melalui cara ini pelajar akan mudah faham kerana mereka melibatkan diri secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
                Latar suara rakaman dan muzik hendaklah jelas, terang dan bersifat semulajadi ( Abdul Ghani Abdullah, Abd. Rahman Abd. Aziz & Abdul Rashid Mohamed,  2007 ). Ketiga-ketiga aspek ini perlu diambil kira bagi mengelakkan gangguan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Jesteru, sebelum membuat rakaman guru perlu menyebut perkataan dengan jelas dan muzik latar tidak terlalu kuat sehingga menenggalami suara guru tersebut. Rakaman yang tidak jelas mengganggu tumpuan pelajar dalam memahami pengajaran yang hendak disampaikan kepada guru.
                Perakam kaset mudah dilakukan kerana rakaman boleh dibuat sendiri atau dirakam daripada daripada siaran radio. Selain itu, ia sesuai untuk kemahiran lisan seperti guru mengajar kemahiran bertutur, mendengar dan membaca. Di mana semssa proses pengajaran berlaku pelajar akan dapat terus mengetahui kesilapan yang dilakukan oleh mereka. Hal ini kerana perakam kaset dapat mengawal dan memberhentikan rakaman pada ketika yang sesuai. Dengan itu guru boleh mencelah untuk menegaskan sesuatu perkara sebelum menyiarkan semula rakaman tersebut.
                Perakam ini juga boleh digunakan sebagai satu kaedah dalam pengajaran. Melibatkan pelajar sendiri dalam mencari bahan yang berkaitan pengajaran yang akan datang adalah satu cara untuk melibatkan pelajar. Guru boleh meminta pelajar merakam rancangan-rancangan yang sesuai dengan topik pelajaran yang akan diajar, kemudian memperdengarkan rakaman tersebut di hadapan kelas dan meminta komen, pendapat dan meminta pelajar mengaitkan dengan pelajaran yang akan diajar. Kaedah ini bukan sahaja pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam lagi tajuk pengajaran yang diajar sebaliknya mereka mendapat input dari luar juga.
                Pada hari ini, guru jarang menggunakan media jenis ini, hanya guru yang mengajar ujian lisan seperti guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja yang menggunakannya. Sebenarnya media ini juga sangat menarik jika disesuaikan dengan mata pelajaran yang akan diajar. Sebagai contoh, guru dalam pendidikan Islam, boleh mengunakan perakam kaset untuk merakam nasyid atau ayat-ayat al-Quran, tidak kira digunakan sebagai induksi set atau semasa pengajaran boleh diperdengarkan.

3.            TELEVISYEN DAN VIDEO
                Televisyen dan video adalah salah satu media pengajaran yang diketengahkan dalam pendidikan. Penggunaannya juga semakin meluas dan kian popular kerana ia mudah dikendalikan dan tidak membebankan para guru. Walau bagaimanapunm pengunaannya hanya terhad dalam bilik tertentu sahaja iaitu seperti bilik media, tayangan dan sebagainya. Tetapi, ia masih menjadi pilihan kebanyakan guru kerana pembelajaran melalui media ini mampu meningkatkan motivasi para pelajar terutama subjek-subjek yang memerlukan tayang secara  live atau secara langsung.
                Televisyen merujuk kamus dewan mendefinisikan sebagai satu penyiaran ( pemancaran ) gambar hidup ( gambar bergerak ) berserta bunyi menerusi haba atau udara pada skrin televisyen. Manakala video menurut kamus dewan bahasa ialah alat untuk merakamkan dan menayangkan filem dengan menggunakan pita video yang disalurkan melalui peti televisyen. Selain itu ia juga ditakrifkan sebagai pita bermagnet yang digunakan untuk merakam gambar dengan suaranya sekali dari televisyen.
                Sebagai contoh, mata pelajaran dalam bab fekah seperti menunaikan haji dan umrah. Guru yang pernah menjejaki ke tanah suci tidak menjadi masalah dalam menyampaikan isi pengajaran tersebut, berbeza bagi guru yang belum berpeluang ke sana. Ia menjadi satu masalah bagi mereka untuk menerangkan keadaan di sana. Jesteru sebagai alternatifnya, media televisyen dan video menjadi pengganti untuk menunjukkan keadaan sebenar di sana. Melalui media tersebut pelajar akan dapat merasai suasana yang sebenar ketika di Mekah walaupun bukan secara keseluruhan.
                Menurut Schramun ( 1962 ), murid-murid dapat belajar dengan cekap menerusi televisyen pendidikan. Berdasarkan kenyataan ini, beberapa program televisyen khususnya kanak-kanak telah berjaya mempengaruhi gaya pembelajaran mereka seperti menambah pengalaman baru, perbendaharaan kata, ilmu pengetahuan dan sebagainya. 
               
                Selain itu, pengunaan media dalam pembelajaran mampu mengelakan pelajar merasa bosan ketika belajar. Kadang kala guru perlu ubah cara pengajaran dengan mempertontonkan pelajar dengan video-video yang berkaitan untuk dikaitkan dengan mata pelajaran yang hendah diajar. Sebagaimana contoh dalam pendidikan sejarah, guru boleh menayangkan filem yang berunsurkan sejarah misalnya, Leftenan Adnan atau Sarjan Hasan. Melalui filem ini guru boleh menyuruh pelajar berfikir dan meminta mereka mengaitkan cerita tersebut dengan apa yang dipelajari. Secara tidak langsung pelajar akan mengulangkaji matapelajaran tersebut. Hal ini berdasarkan pandangan Wittch dan Schuller ( 1973 ) iaitu televisyen pendidikan telah banyak mengatasi masalah pengalaman pembelajaran murid.
                Pada hari ini, pelbagai program yang berbentuk ilmiah di wujudkan seperti  rancangan berbentuk kehidupan semulajdi iaitu flora dan fauna. Program-program seperti ini, guru boleh sesuaikan dengan matapelajaran yang hendak diajar seperti geografi, sains, pendidikan Islam dan sebagainya. Situasi ini bersesuaian dengan pelajar hari ini yang lebih cenderung kepada perkara yang berlaku di luar bilik darjah. Sebagai seorang guru, perlu pandai mengambil peluang ini untuk diaplikasikan dalam subjek mereka dengan menyuruh pelajar menonton rancangan tersebut supaya mereka lebih memahami subjek tersebut.
                Antara kebaikan yang diperolehi pelajar semasa menonton tayangan video adalah mereka dapat menghayati dan menyelami perasaan watak-watak di dalam cerita. Selain itu pelajar juga dapat memahami isi cerita yang guru sampaikan. Di samping itu juga, tayangan video ini menjadi satu panduan kepada para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4.            KOMPUTER
                Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia juga sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Menurut Merrill ( 1986 ) komputer adalah satu mesin pemprosesan maklumat yang perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Dalam kamus dewan bahasa komputer membawa maksud alat elektronik yang menyimpan maklumat pada cekera atau pita bermagnet, menganalisisnya dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan.
                Terdapat beberapa cara untuk menginteragsikan komputer di dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara penginteraksi tersebut ialah dalam bidang matematik, sains, penulisan dan sebagainya. Penggunaan komputer ini boleh dilakukan dengan dua keadaan iaitu guru sahaja yang menggunakan komputer dengan bantuan projektor overhed dan LCD supaya apa yang ada apada skrin monitar dapat diperlihatkan kepada semua pelajar ataupun guru membawa pelajar ke makmal komputer yang sedia menampung pelajar tersebut.
                Menurut Compoy ( 1992 ), komputer memberikan pengalaman kepada pelajar untuk belajar menjadi seorang penyelesai masalah yang cekap. Kebolehan ini akan menambahkan lagi kecekapan mereka dalam bacaan dan matematik. Kenyataan ini menunjukan komputer menjadi pembantu dalam menyelesaikan masalah pelajar dalam subjek matematik. Pelajar dapat mejimatkan masa dalam menyelesaikan masalah-masalah matematik yang kompleks serta mendapat jawapan serta merta.
                Satu lagi bidang penggunaan komputer sebagai alat ialah dalam pelajaran sains, di mana komputer di gunakan sebagai probeware dan alat interface. Probeware apabila disambung dengan komputer akan membolehkan pelajar mengutip dan merekod data seperti suhu, pH, pergerakan dan sebagainya. antara bidang lain ynag mengaplikasikan media ini sebagai pengajran ialah dalam bidang penulisan iaitu dalam pemprosesan perkataan.
                Dalam proses pengajaran dan pembelajaran banyak membantu guru dalam melicinkan pengajaran. Di mana guru boleh menggunakan komputer untuk menyampaikan maklumat dan juga untuk mengajar pelajar tajuk yang berkaitan. Sandholtz ( 1997 ) menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam bilik darjah telah berjaya meningkatkan mutu pendidikan. 
                Seorang guru perlu mempertimbangkan setiap pemilihan matapelajaran supaya dapat disesuaikan dengan alat bantu mengajar menggunakan komputer. Hal ini supaya proses pangajaran dan pembelajaran tercapai objektif. Selain itu, guru perlu membuat persediaan terlebih supaya hal yang tidak dijangka dapat dielakkan seperti komputer rosak atau bekalan elektrik terputus. Pengendalian yang lancar dan penyampaian yang menarik akan dapat menarik minat pelajar.
                Komputer digunakan oleh guru apabila sesuatu subjek itu membosankan atau terlalu panjang sehingga tidak cukup waktu. Seperti tajuk Pendidikan Islam iaitu perkara-perkara yang membatalkan iman. Di mana bawah tajuk ini terdapat beberapa unit antaranya syirik, kufur, khurafat dan lain-lain. Jadi sebagai alternatifnya guru menggunakan komputer supaya memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
                Guru juga boleh melibatkan pelajar dengan menyuruh mereka membuat pembentangan di dalam kelas dengan menggunakan komputer. Secara tidak langsung guru tersebut dapat mengajar mereka menggunakan powerpoint semasa pembentangan. Selain itu, mereka juga dapat memahami dengan lebih jelas lagi pelajaran tersebut.

                Penggunaan media berasaskan komputer sangat kurang digunakan oleh guru, bukan kerana guru tidak berminat sebaliknya pihak pengurusan sekolah yang menyediakan pelbagai prosedur untuk menggunakan bilik tersebut. Sepatutnya pihak sekolah tidak menghadka kepada guru tertenti sahaja sebaliknya memberi peluang kepada semua guru.

5.            CD-ROM
                CD-ROM merupakan singkatan daripada Read Only Memory iaitu cakera padat ingatan baca. Merujuk kepada kamus dewan bahasa CD-ROM atau cakera padat ialah cakera magnetik yang mempunyai ketumpatan perakam yang tinggi, dengan storan yang lebih besar.  CD-ROM juga membawa maksud cakera padat iaitu ingatan baca sahaja (Compact Disk Read Only Memory).  Baca-sahaja bermaksud kita hanya boleh membaca apa sahaja data yang ditulis pada cakera CD-ROM.  Cakera CD-ROM merupakan sekeping cakera plastik yang berdiameter 120mm dan boleh menyimpan data sehingga 650MB.
                Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitan CD-ROM buku teks. Ia adalah selaras untuk menyahut seruan kerajaan bagi meningkatkan penggunaan aplikasi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun 2003 Kementerian Pelajaran Malaysia bahagian buku teks telah memperkenalkan buku teks mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris telah diterbitkan secara pakej bersama MyCD dan CD-ROM Guru. MyCD ialah CD-ROM multimedia interaktif yang mengandungi teks, animasi, simulasi, audio, video, aktiviti interaktif dan ujian interaktif untuk menyokong dan menambah nilai kandungan buku teks.
                Aktiviti interaktif yang disediakan dalam MyCD meliputi aktiviti pengukuhan dan aktiviti pengayaan seperti simulasi, permainan, teka teki, teka silang kata, latihan dan penilaian interaktif di mana keputusan semua aktiviti murid dapat direkod (tracking), disimpan dan dicetak. Latihan interaktif memberikan murid latih tubi yang menarik dan bermakna tentang sesuatu konsep yang telah dipelajari dalam buku teks.
                Bagi meningkatkan lagi keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran Galeri meningkatkan lagi proses berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Nilai bahan dalam galeri tersebut dapat membantu pemahaman murid dengan lebih berkesan. Bahan multimedia tersebut terdiri daripada audio, video, animasi dan simulasi yang menarik.
                Di samping itu, E-ujian juga turut diwujudkan iaitu ia merupakan satu alat pentaksiran elektronik interaktif yang sebenar dan bertujuan untuk mengukur pencapaian murid secara sumatif tetapi berperingkat. Keputusan ujian dan semua maklumatnya boleh disimpan di dalam cakera keras komputer atau disket murid dalam papan skor. Di dalam E-ujian terdapat soalan yang dikemukakan secara rawak tetapi ada pemeringkatan mengikut aras. Murid tidak akan diberi sebarang maklum balas pada jawapan yang betul atau salah kecuali markah ujian dalam peratus, gred atau komen, tarikh ujian dan masa yang diambil untuk menyelesaikan ujian tersebut.
                E-glosari atau e-kamus bergambar adalah kamus interaktif yang mengandungi istilah dan frasa yang disusun mengikut abjad. E-glosari disediakan dengan audio bagi memudahkan cara sebutan yang betul dan huraian berkaitan istilah yang berkenaan manakala e-kamus bergambar disediakan dengan gambar foto, ilustrasi atau animasi. Ini menunjukkan perbezaan antara e-glosari dan e-kamus.
                E-jurnal juga diperkenalkan oleh kementerian tersebut. E-jurnal adalah sebuah buku catatan elektronik untuk murid merekodkan refleksi, aktiviti atau tugasan. Maklumat yang dicatat dalam e-jurnal boleh disimpan ke dalam disket murid atau pada cakera keras komputer. Maklumat ini juga boleh dihantar kepada rakan atau guru melalui kemudahan e-mel.
                Penggunaan MyCD berkait rapat dengan penggunaan makmal komputer sekolah. MyCD sesuai digunakan untuk membantu murid dalam proses pembelajarannya di sekolah terutama sekolah yang telah dilengkapi prasarana makmal komputer. Pihak sekolah disarankan agar meletakkan semua MyCD yang dibekalkan melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dalam makmal komputer supaya murid boleh mengakses MyCD setelah pengetahuan / kemahiran berkaitan sesuatu tajuk dalam buku teks telah dipelajarinya.

6.            E - PEMBELAJARAN
                E-Pembelajaran ( Pembelajaran Elektronik ) ataupun kadangkala disebut juga sebagai Pengajaran Berasaskan Web ( Web-Based Instruction ) adalah merupakan satu perkembangan baru dalam pendidikan hasil daripada ledakan dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi ( Ismail Zain, 2002 ). E-pengajaran juga ditakrifkan sebagai modul penyediaan bahan bantu mengajar secaraelektronik atau yang lebih tepat melalui teknologi maklumat dan komunikasi ( www.idesa.net.my-berita ).
                E-pembelajaran dapat membawa satu senario pembelajaran yang lebih efisien. Hal ini kerana guru atau pelajar dapat mengakses maklumat serta memperlajarinya mengikut keperluan matapelajaran yang hendak diajar atau dipelajari. Di samping menjimatkan masa dan tenaga, ia juga dapat digunakan secara dalam talian atau di luar talian, mencetak atau menyimpan serta menggunakan teknik salin dan tampal untuk membina sesuatu bahan.
                Penggunaan media ini dapat membantu pelajar dalam menerokai dengan lebih mendalam berkaitan subjek yang akan mereka pelajari. Seorang guru dapat menimbulkan minat pelajarnya melalui kaedah yang melibatkan teknologi yang terkini dan salah satunya adalah dengan menggalakkan pelajar-pelajar melayari internet untuk mencari maklumat berkaitan mata pelajaran yang akan diajar. Seperti laman portal pendidikan ( Education Web Portals ), antara contoh laman portal pendidikan tempatan ialah pendidikan utusan ( www.tutor.com.my), cikgu net ( www.cikgu.net.my ) dan sebagainya.
                Dalam teknologi ini terdapat pelbagai maklumat tidak kira salah atau betul. Oleh itu guru perlu memilih dan membuat penilaian terlebih dahulun sebelum mengunakannya dalam bilik darjah. Ini disebabkan tanpa perancangan yang rapi elemen multimedia itu tidak akan tercapai objektif pembelajaran.
                Semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku, guru boleh memanfaatkannya dengan menjadikan laman web seperti Yahoo, MSN, Alta Vista dan sebagainya sebagai bahan rujukan, tambahan maklumat atau bahan sokongan modul pembelajaran. Melalui laman web tersebut guru boleh download pelbagai bahan seperti akhbar, majalah, jurnal dan sebagainya. pembelajaran akan lebih berkesan sekiranya guru memasukan unsur humor dalam pengajaran. Guru tidak perlu membuat jenaka sebaliknya cuba mewujudkan suasana tersebut dengan memuat turun dari internet seperti bahan kartun untuk disesuaikan dengan pengajaran tersebut.
                Menurut Zeigler, J. B ( 1999 ), penggunaan humor menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokan kerana humor memepengaruhi ingatan dan kecerdasan emosi. Bahan-bahan seperti ini dapat diserapkan dalam pengajaran tahap rendah supaya memudahkan mereka memahami isi pengajaran. Penggunaan
E-pengajaran banyak membantu guru dalam mempelbagaikan kaedah, iaitu daripada bentuk statistik, fakta sehinggalah yang lebih santai iaitu lawak jenaka.

Senarai Kolej Universiti

BIL
NAMA KOLEJ UNIVERSITINEGERI
1
Kolej Universiti Selatan(Nama Lama : Kolej Selatan)
Johor
2
Kolej Universiti INSANIAH, Kampus Alor Setar(Nama Lama : Institut Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (INSANIAH))
Kedah
3
Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech (IUCTT) Kampus Kelantan
Kelantan
4
Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)(Nama Lama : Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka)
Melaka
5
Kolej Universiti Antarabangsa Kejururawatan dan Sains Kesihatan KPJ (KPJIUC)(Nama Lama : Kolej Antarabangsa Kejururawatan & Sains Kesihatan KPJ)
Negeri Sembilan
6
Kolej Universiti Linton(Nama Lama : Kolej Linton)
Negeri Sembilan
7
Kolej Universiti Nilai(Nama Lama : Kolej Universiti Nilai Antarabangsa)
Negeri Sembilan
8
Kolej Universiti Shahputra(Nama Lama : Kolej Shahputra Bandaraya Kuantan)
Pahang
9
Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS)(Nama Lama : Allianze College of Medical Sciences (ACMS))
Pulau Pinang
10
Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech Cawangan Sabah
Sabah
11
Kolej Universiti Sains dan Teknologi City(Nama Lama : Kolej Antarabangsa Unity)
Selangor
12
Kolej Universiti Lincoln(Nama Lama : Kolej Lincoln)
Selangor
13
Kolej Universiti SEGi Kolej Universiti SEGi(Nama Lama : Kolej Segi)
Selangor
14
Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya
Selangor
15
International University College of Arts and Science (I-UCAS)
Selangor
16
Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech
Selangor
17
Kolej Universiti KDU(Nama Lama : KDU College (Petaling Jaya))
Selangor
18
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)(Nama Lama : Kolej Islam Selangor Darul Ehsan (KISDAR))
Selangor
19
Kolej Universiti TATI(Nama Lama : Institut Teknikal Tinggi Terengganu (TATI))
Terengganu
20
Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech, Kampus Sri Damansara(Nama Lama : L & G Twintech Institute Of Technology)
WP Kuala Lumpur
21
Kolej Universiti MAHSA(Nama Lama : Kolej MAHSA)
WP Kuala Lumpur
22
Kolej Universiti Hospitaliti BERJAYA (KUHB)
WP Kuala Lumpur
23
Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur(Nama Lama : Kolej Universiti Antarabangsa Cosmopoint)

IPTS ( institusi pendidikan tinggi swasta )


institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) di Malaysia
Senarai IPTS yang mempunyai program yang telah mendapat pengiktirafan JPA, Badan Profesional atau Badan Lain. Kemaskinian maklumat adalah berdasarkan maklumbalas daripada IPTS yang diterima
setakat 6 Disember 2012


BIL
NAMA IPTSNEGERI
1
Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL - MITEC)
Johor
2
Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI)
Kedah
3
Universiti AIMST(Nama Lama : Asian Institute of Medicine, Science & Technology (AIMST))
Kedah
4
University Of Wales
Luar Negara
5
Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology (UniKL-MICET)
Melaka
6
Universiti Multimedia, Kampus Melaka
Melaka
7
Universiti Antarabangsa INTI(Nama Lama : Kolej Universiti INTI)
Negeri Sembilan
8
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN Pahang)
Pahang
9
Universiti Kuala Lumpur - Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP)(Nama Lama : Kolej Perubatan DiRaja Perak)
Perak
10
Quest International University Perak (QIUP)(Nama Lama : Premier International University Perak (PIUP))
Perak
11
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
Perak
12
Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET)
Perak
13
Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kampus Perak
Perak
14
Universiti Terbuka Wawasan
Pulau Pinang
15
Swinburne University of Technology (Sarawak Campus)
Sarawak
16
Universiti UCSI, Kampus Sarawak
Sarawak
17
Curtin University, Sarawak Malaysia(Nama Lama : Curtin University of Technology, Sarawak Campus Malaysia)
Sarawak
18
Universiti Metropolitan Asia(Nama Lama : Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill)
Selangor
19
Universiti Kuala Lumpur - Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT)
Selangor
20
Binary University of Management and Entrepreneurship(Nama Lama : Binary University College of Management and Entrepreneurship (BUCME))
Selangor
21
Universiti Kuala Lumpur - Malaysia France Institute (UniKL-MFI)
Selangor
22
Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL)(Nama Lama : Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (KLIUC))
Selangor
23
Universiti Kuala Lumpur - British Malaysian Institute (UniKL - BMI)
Selangor
24
Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
Selangor
25
Monash University Sunway Campus Malaysia
Selangor