Pages

Monday, June 8, 2009

bersatu la

Oleh Zulkiflee Bakar
pengarang@utusan.com.my
SHAH ALAM 4 Jun – Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohamed Daud Iraqi hari ini menyeru golongan ulama supaya sentiasa berusaha meyakinkan ahli-ahli parti terhadap idea-dea baru yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan, contohnya pembentukan kerajaan perpaduan.
Katanya, ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan idea tersebut, sepatutnya ulama adalah golongan utama yang menjalankan penyelidikan dan melihat sejauh mana idea ini tersurat dalam lipatan sejarah.
‘‘Selepas sedikit kajian dibuat, didapati Afrika Selatan dan Indonesia adalah antara negara yang awal mengamalkan konsep negara perpaduan selepas United Kingdom pada suatu masa dahulu selepas Perang Dunia Pertama.
‘‘Penjelasan dari perspektif syarak yang digabungkan dengan pendapat cendekiawan politik semasa akan dapat membantu mengukuhkan idea Presiden yang juga seorang ulama. Ini sekadar contoh apa yang berlaku pada sesi lalu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama di Muktamar Tahunan Dewan Ulama Pas, di sini hari ini.
Mohamed Iraq berkata, sebagai sebuah dewan yang tinggi dalam Pas, golongan ulama perlu mengikuti perkembangan dalaman parti dan seterusnya membantu kepimpinan dalam mengeluarkan, mempromosikan dan mempertahankan idea-idea yang dikemukakan oleh kepimpinan parti.
Selain itu juga, Mohamed Iraq meminta ulama dalam parti itu supaya membuka minda dan memperlengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang dapat diselaraskan dengan tuntutan agama untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.
Katanya, golongan ulama juga perlu mendekatkan diri dan bertukar pandangan dengan golongan profesional seperti ahli ekonomi, tokoh undang-undang, pakar teknologi dan ahli politik bagi meningkatkan pengetahuan dan kecekapan mereka untuk mentadbir.
‘‘Ini adalah kerana ada ulama yang tinggi ilmu agamanya tetapi kurang dari segi kemampuan pentadbiran atau memahami isu semasa.
‘‘Ulama tidak boleh lari daripada sejarah dan situasi kemasyarakatan. Kalau dapat, majlis-majlis wacana antara ulama dan golongan profesional hendaklah diadakan dengan lebih kerap,” katanya.
Beliau mengingatkan anggota parti itu supaya taat kepada keputusan yang dibuat oleh pimpinan parti selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran al-Quran dan hadis.
‘‘Jangan kita tertipu dan dipermainkan oleh nafsu kita sehingga mengutamakan kepentingan peribadi, keperluan semasa dan andaian kita sahaja sehingga prinsip taat tidak terlaksana,” katanya.
Mohamed Iraq berkata, perbezaan pendapat sememangnya dibolehkan dalam perkara furu’ (cabang) tetapi selepas sesuatu keputusan dibuat, tiada pilihan lagi kecuali taat dan patuh kepada keputusan itu, walaupun mungkin bertentangan dengan pandangan sendiri.

Tuesday, May 19, 2009

Melayu kini

Melayu kini suka bergaduh..Mereka berebut kuasa tanpa mengira padahnya.Bangsa lain hanyalah menepuk tangan melihat perbalahan antara melayu.Bangsa lain sudah berani mencabar kedudukan melayu dan islam.Sudah pandai mempersendakan ayat-ayat Quran.Ini adalah kerana,bersama menyertai perjuangan mereka juga daripada Melayu.Melayu kini sanggup menggadaikan apa saja demi kuasa.Sanggup menyamakan kedudukan semua bangsa demi kerana politiknya.Tidakkah mereka lupa perlembangaan yang memberi keutamaan kepada Melayu dan Islam.Kalau nak sama rata,pergi lah negara lain yang bukan bernama Malaya atau Tanah Melayu suatu ketika dulu.Pergi lah ke negara lain selain Malaysia nama yang disebutkan sekarang.Sudahkah bangsa lain lupa siapa tuan tanah negara ini.Namun..celakalah Melayu yang sanggup menggadaikan segala sejarah dan ketuanan melayu dan islam di negara ini. Atas dasar politik peribadi yang agak jijik,sanggup bersengkokol demi untuk mencapai agenda peribadi,demi untuk membalas dendam,,demi untuk mencapai cita-cita.Kononnya akan memahat sejarah,nama beliau adalah pejuang sejati,namun lupa...iannya juga boleh memahat sejarah sebagai orang yang menghancurkan Melayu dan Islam.KEmbali lah kepada seruan Allah..Bersatu lah Islam dan Melayu di Tanah Melayu ini..Bersatulah kita di negara Malaysia ini.CUkuplah kita memberi segala kesenanngan kepada bangsa lain ..Perpaduan tidak bermaksud utk memberi sama hak,namun perpaduan bermaksud menghormati hak orang lain.Jika hak tuan tanah,sudah tentu berbeza dengan hak pendatang asing.Jangan kita lupa..Jangan kita leka...jangan sampai tergadai tanah sendiri.Bersatu lah melayu.bersatu lah islam.Hancur melayu,hancurlah islam.maka hancurlah tanah melayu atau Malaysia.

Monday, March 9, 2009

Bahasa Melayu

Martabatkan lah Bahasa Melayu,kenapa perlu d Subjek Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris?Sudahkah kita lupa bahawa kita mempunyai cita-cita untuk memartabatkan bahasa Melayu?Adakah kita tidak yakin bahawa Bahasa Melayu akan menjadi bahasa Ilmu?adakah Kita telah hilang keyakinan untuk membuktikan Bahasa Melayu adalah sumber ilmu?Lupakan kita suatu ketika dahulu,bahasa Melayu menjadi bahasa utama di Benua kita?Adakah kita takut ,dengan menggunakan bahasa Melayu,negara kita akan ketinggalan?Dimanakah maruah Bahasa Melayu dan siapakah yang hendak memperkasakan bahasa Melayu?
Sudah berpuluh tahun bahasa melayu digunakan dalam subjek sains dan matematik.Tidak berhasilkan kita melahirkan Profesor?Adakah dengan menggunakan bahasa melayu,tidak lahir seorang doktor,profesor dan angkasawan?Kenapa tidak kita ambil segala kejayaan dan cuba mencipta bahasa melayu sebagai bahasa Ilmu?
Renunglah,sebelum terlambat.Bangunlah melayu sebelum kita lupa apakah bahasa ibunda kita.Kenapakah kita tidak cuba menaikan martabat tulisan jawi yg menjadi tulisan Bahasa MElayu suatu ketika dulu?kenapakah perlu diubah terus bahasa melayu ke bahasa inggeris?Kalau sekarang sudah ramai yg tidak mahir menulis jawi,yg suatu ketika dulu menjadi tulisan Bahasa Melayu,bagaimana pula nasib bahasa melayu akan datang?jangan sampai tiada siapa yg pandai berbahasa melayu..Dan jangan sampai suatu masa,org malu mengaku aku Adalah Melayu