Pages

Sunday, March 16, 2008

Tindakan DAP Boleh Mengakibatkan Suasana Tidak Selesa Antara Kaum

Tindakan DAP Boleh Mengakibatkan Suasana Tidak Selesa Antara Kaum

Oleh Zailan Mohamad

KUALA LUMPUR - Tindakan Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk menghapuskan Dasar Pembangunan Baru atau lebih dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) di Pulau Pinang adalah satu tindakan yang akan mencetuskan ketegangan di antara kaum dan menyebabkan ketidakstabilan negara.

“Sebarang usaha untuk menolak DEB akan membawa kepada akibat negatif bukan sahaja kepada masyarakat Melayu tetapi negara Malaysia secara keseluruhannya,” ujar Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurut beliau, Ini adalah kerana DEB telah memainkan peranan amat penting dalam menentukan agihan ekuiti dan penyertaan ekonomi yang lebih seimbang sekaligus dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian kaum di kalangan rakyat majmuk selama ini.

DEB juga ternyata telah berjaya membasmikan kemiskinan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Pada pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini, Dap telah berjaya menguasai Pulau Pinang dengan mendapat 19 kerusi; Parti Keadilan Rakyat (PKR), 9 kerusi dan Parti Islam Semalaysia (Pas), 1 kerusi manakala Barisan Nasional hanya 11 kerusi.

”Dengan membelakangkan DEB, tindakan pembangkang yang tidak bertanggungjawab ternyata akan lebih memburukkan lagi ketidaksamarataan agihan ekonomi di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini,” tambahnya lagi.

Tambah beliau lagi, kita tidak boleh membiarkan sebahagian besar daripada ekonomi negara dikuasai oleh kaum minoriti dengan terus meminggirkan kaum majoriti di negara ini tanpa pembelaan.

Selama ini DEB telah memainkan peranan dalam memastikan agihan yang sama rata dengan mengekalkan persefahaman di antara semua kaum selain membantu membasmikan kemiskinan rakyat.

”Kita perlu mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku di beberapa negara semasa krisis kewangan pada 1998 yang lalu di mana kaum majoriti telah memberontak sehingga berlakunya pertumpahan darah pada masa itu,” kata beliau.

Hal ini berlaku disebabkan oleh ketiadaan satu polisi khusus seperti DEB untuk membantu golongan miskin yang terdiri daripada kaum pribumi di negara tersebut.

”Di manakah keikhlasan pihak pembangkang dalam hal ini?

”Adakah mereka sengaja mahu menimbulkan kemarahan orang Melayu atau mahu menunjuk-nunjuk kekuasaan mereka tanpa memikirkan akibat dan kesan terhadap kesejahteraan negara.” Kata beliau lagi.

Dalam mengulas perkembangan di Perak, beliau menyatakan bahawa DAP secara terang tidak bertanggungjawab dan tidak menghormati kedudukan serta kesultanan Melayu serta ternyata telah bertindak di luar batasan.

”Niat mereka memulaukan istiadat pelantikan Menteri Besar Perak juga menunjukkan mereka hanya gilakan kuasa sehingga sanggup membelakangkan kesetiaan kepada Raja dan Negara,” kata beliau.

Ini jelas membuktikan DAP tidak mampu memperjuangkan bukan sahaja nasib kaum Melayu dan Bumiputera tetapi juga rakyat Malaysia secara amnya.

Malah DAP ternyata sanggup memecahbelahkan rakyat dengan hanya mahu memegang kuasa dan tampuk kepimpinan.

Kekecohan pelantikan pemimpin-pemimpin pembangkang di Perak dan Selangor di kalangan DAP, PKR dan PAS membuktikan Barisan Alternatif tidak mempunyai sebarang perancangan khusus untuk mentadbir negeri-negeri tersebut apatah lagi untuk memikirkan kepentingan rakyat.

DEB DAN KEDAULATAN RAJA

1


Dasar Ekonomi Baru (DEB) (1970-1990) di Malaysia diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ianya telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:

  • mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
  • mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).

Persoalan :

Adakah kita tidak bimbang dengan penolakan Kerajaan Pulau Pinang terhadap amalan Dasar Ekonomi Melayu ( DEB ) kerana ia akan terus meminggirkan orang Melayu dalam pembangunan ekonomi di negeri itu.Dasar ekonomi yang mana banyak memberi keseimbangan dalam kuota perniagaan,gerai,projek pembangunan,pendidikan dan perumahan supaya orang Melayu tidak ketinggalan jauh daripada kaum lain.Nescaya jika ia hendak dimansuhkan,pastinya keadaan ekonomi dan kehidupan orang Melayu Pulau Pinang akan menjadi lebih teruk.

______________________________________________________________

2


Bahawasanya negara kita Malaysia
mendukung cita-cita hendak:

  • Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya
  • Memelihara cara hidup demokratik
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden:

Ikrar

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

* Dalam keratan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 13 Mac 2008 ,DAP pulau majlis angkat sumpah MB Perak hari ini.

-Semua 18 Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) DAP di Perak diarahkan memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar baru di Istana Iskandariah,Kuala Kangsar esok sebagai membantah pelantikan wakil rakyat PAS sebagai Menteri Besar negeri itu.

Kenyataan ini keluar setelah Sultan Azlan Shah melalui Pemangku Raja Perak ,Raja Dr. Nazrin Shah telah memperkenankan pelantikan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang ke-10.

Isu siapa bakal menjadi Menteri Besar Perak menjadi perdebatan sejak keputusan pilihanraya 8 Mac lalu diumumkan kerana Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak memperuntukkan jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri itu mesti disandang oleh seorang Melayu yang beragama Islam.

Persoalan :

Dengan memulau adat istiadat diraja,adakah tidak bercanggah dengan rukunnegara iaitu Kesetiaan kepada Raja dan Negara ,keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.?

Yop

BANGKITLAH BANGSAKU Bangkitlah bangsaku dari lena yang panjang bangkitlah bangsaku dari pembaringan di ranjang. Bersama kita mendaki puncak 2020 yang semakin hampir digapai di kaki langit yang menyimpan sejuta harapan. Bangkitlah bangsaku daripada pengaruh dadah dan alkohol lari dan tepislah dari hambatan dan godaan syaitan. Syaitan-syaitan hari ini muncul dengan wajah kemanusiaan menuju, merayu ke jalan kesesatan agar kita lena dengan keasyikan agar kita lena sepanjang abad